• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Meriahkan Lan Berambeh Cuti-Cuti Malaysia Di Plaza Merdeka Hujung Minggu Ini

Oleh
Ismail NA
27 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pameran pelancongan mini untuk kaki travel rebut promosi hebat

Meriahkan Lan Berambeh Cuti-Cuti Malaysia Di Plaza Merdeka Hujung Minggu Ini. Apa rancangan anda hujung minggu ini? Jika anda berkelapangan, apa kata anda pergi ke Plaza Merdeka Kuching kerana ada acara yang pasti tidak anda mahu lepaskan jika anda adalah seorang kaki travel!

Bermula 27 hingga 29 Oktober 2023, mulai jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, berlangsung sebuah pameran pelancongan mini bertemakan “LAN BERAMBEH CUTI-CUTI MALAYSIA” diadakan di pusat beli belah berkenaan. Pameran yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Sarawak ini telah membawa pelbagai pakej promosi dan aktiviti yang pastinya menarik perhatian anda.

Meriahkan Lan Berambeh Cuti-Cuti Malaysia Di Plaza Merdeka Hujung Minggu Ini
Meriahkan Lan Berambeh Cuti-Cuti Malaysia Di Plaza Merdeka Hujung Minggu Ini

Tawaran pakej pelancongan domestik khas, siap ada persembahan live Kelantan

Bagi yang masih belum habis lagi menerokai Malaysia yang tercinta ini, anda juga boleh usha pakej-pakej pelancongan domestik yang menarik di ruang jualan dan pameran di sini. Di sini juga, anda boleh bertanya terus kepada pasukan operator pelancongan atau pegawai yang bertugas mengenai destinasi menarik di Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, anda juga berpeluang untuk menikmati persembahan istimewa daripada Kumpulan Kebudayaan Kampung Budaya Sarawak dan Kumpulan Buskers Mozaik. Dan yang paling istimewa, ada penampilan khas dari Kumpulan Kebudayaan Negeri Kelantan, yang diterbangkan khas dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Wow!

Meriahkan Lan Berambeh Cuti-Cuti Malaysia Di Plaza Merdeka Hujung Minggu Ini
Kredit: FB Plaza Merdeka
Meriahkan Lan Berambeh Cuti-Cuti Malaysia Di Plaza Merdeka Hujung Minggu Ini
Kredit: FB Plaza Merdeka
Kredit: FB Plaza Merdeka

Antara acara menarik lain yang diadakan sepanjang pameran 3 hari ini adalah seperti cabutan bertuah dan kuiz pelancongan. Siapa tahu, anda mungkin memenangi hadiah yang menarik. Barangkali pakej percutian atau tiket penerbangan percuma?

Jadi, apa tunggu lagi? Jom berambeh ke Plaza Merdeka dan turut serta dalam pelbagai program yang diadakan sempena Lan Berambeh Cuti-Cuti Malaysia. Pelbagai promosi dan aktiviti menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang ini!

Lagi acara menarik di Kuching hujung Oktober ini:

Ini Jadual Penuh Regatta Sarawak Dan Festival Waterfront Kuching 2023
Meriah Bersama Keluarga, Ini Senarai Acara Menarik Bulan Oktober Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri
Next Article Ini Tempat Menarik Di Kundasang Sabah Untuk Anda Kunjungi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?