• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita MalaysiaCerita Borneo

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia – Jabatan Laut Malaysia

Oleh
ILB - AI
27 Oktober 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Kenyataan media rasmi telah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia sebentar tadi

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia – Jabatan Laut Malaysia. Berikut adalah kenyataan media rasmi daripada Jabatan Laut Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Kenyataan media rasmi telah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia sebentar tadi
  • MRCC Putrajaya menerima isyarat kecemasan
  • Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan
  • Kejadian ini berlaku kerana cuaca yang buruk

Merujuk kepada satu kejadian kemalangan marin yang berlaku di kedudukan latitud 04 40 0’N dan Longitud 13 51.00 E’ lebih kurang 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri pada 27 Oktober 2020 pada jam lebih kurang 6.45 pagi waktu tempatan.

Kejadian ini melibatkan “Accomodation Work Barge” Dayang Topaz milik DESB Marine Services Sdn Bhd.

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia – Jabatan Laut Malaysia

MRCC Putrajaya menerima isyarat kecemasan

Pada pukul 6.45 pagi, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) telah menerima isyarat kecemasan (MAYDAY) yang dihantar dari Dayang Tropaz pada posisi kejadian.

Dayang Tropaz juga telah menghantar isyarat kecemasan ke kapal Sapura Constructor dan mereka telah menggerakkan bantuan awal mengesan lokasi sebenar Dayang Tropaz dimana laporan di terima menyatakan 62 kru masih berada atas kapal manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia - Jabatan Laut Malaysia

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan yang diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta dibantu oleh kapal-kapal di bawah seliaan SKO Petronas Carigali Sarawak Operation.

Kesemua mangsa-mangsa telah diselamatkan dan dibawa ke atas kapal-kapal bantuan dan seramai 185 kru disahkan selamat dan dua kru disahkan meninggal dunia yang melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang lagi belum dapat disahkan lagi, menurut kenyataan media yang baru sahaja dikeluarkan oleh Unit Korporat, Jabatan Laut Malaysia.

Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia - Jabatan Laut Malaysia

Kejadian ini berlaku kerana cuaca yang buruk

Selain itu, berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, kejadian ini berlaku kerana cuaca yang buruk di mana kabel sauh kapal Dayang Tropaz telah terputus justeru mengakibatkan kapal tersebut tidak dapat dikawal dan melanggar platform Minyak Baram B.

Kesan kerosakkan akibat perlanggaran tersebut pula belum dapat dipastikan lag. Walaubagaimanapun, tiada sebarang kejadian pencemaran marin dikesan dan Kapal Dayang Tropaz telah berlayar menuju ke Limbungan pembaikkan kapal yang terdekat untuk membuat pemeriksaan kerosakkan sebenar.

Jabatan Laut Malaysia pula akan mengeluarkan kenyataan dari masa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan baharu dalam kejadian tragis ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pos Malaysia KLIA Ditutup Sementara, Penghantaran Ke Sabah Sarawak Dijangka Tergendala
Next Article Gelora Ganas Di Laut China Selatan, METMalaysia Beri Amaran Tempias Taufan Molave

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?