• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gelora Ganas Di Laut China Selatan, METMalaysia Beri Amaran Tempias Taufan Molave

Oleh
Ismail NA
27 Oktober 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Taufan di tenggara Vietnam itu boleh capai kelajuan angin maksimum sehingga 157 km per jam.

Gelora Ganas Di Laut China Selatan, METMalaysia Beri Amaran Tempias Taufan Molave. Keadaan angin dan laut bergelora yang ganas dijangka berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan berikutan Taufan Molave yang bakal melanda Da Nang, dekat tenggara Vietnam esok.

Isi Isi Penting
  • Taufan di tenggara Vietnam itu boleh capai kelajuan angin maksimum sehingga 157 km per jam.
  • Lokasi Kudat agak dekat dengan kawasan taufan
  • Mula melanda Filipina Ahad lalu, kini beralih ke Vietnam
  • Berikut merupakan insiden tragis di perairan Laut China Selatan hari ini :

Amaran ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini. Menerusi amaran tersebut juga, Taufan Molave kini sedang menuju ke arah Vietnam dengan kelajuan 25 km per jam. Walau bagaimanapun, kelajuan angin ini boleh bergerak dengan kelajuan maksimum 157 km per jam.

Pergerakan angin taufan ini dijangka akan menyebabkan keadaan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan termasuklah perairan di Sabah dan Sarawak.

Gelora Ganas Di Laut China Selatan, METMalaysia Beri Amaran Tempias Taufan Molave
Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Lokasi Kudat agak dekat dengan kawasan taufan

Dalam pada masa yang sama, METMalaysia turut menyatakan bahawa taufan tersebut juga berada pada kedudukan 806 km dari bandar terdekat Malaysia iaitu Kudat, Sabah.

Gelora Ganas Di Laut China Selatan, METMalaysia Beri Amaran Tempias Taufan Molave

Mula melanda Filipina Ahad lalu, kini beralih ke Vietnam

Taufan Molave ini mula melanda negara Filipina pada Ahad lalu dan mengakibatkan 2 kematian manakala beratus lagi dikhuatiri masih hilang. Ini merupakan kejadian taufan yang ke-13 melanda Filipina pada tahun ini.

Taufan ganas ini dijangka akan menyerang Vietnam. Minggu ini, sebahagian kawasan di Vietnam telah memperlihatkan tanda kedatangan taufan apabila dilanda banjir besar yang mengakibatkan 114 kematian dan berpuluh-puluh individu masih lagi hilang.

Walau bagaimanapun, pasukan penyelamat di Vietnam telah dikerah dan bersedia lebih awal untuk menghadapi kesan taufan ini.

Sehubungan itu, para nelayan, kumpulan pelayar serta individu yang turun ke Laut China Selatan dinasihatkan untuk berhati-hati atau menangguhkan seketika urusan sebagai langkah keselamatan.

Berikut merupakan insiden tragis di perairan Laut China Selatan hari ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Insiden Dayang Topaz : 185 Krew Selamat, 2 Meninggal Dunia – Jabatan Laut Malaysia
Next Article Gara-Gara Tolak Ajakan Mesra Dari Pensyarah, Gadis Ini Digagalkan Peperiksaan Gara-Gara Tolak Ajakan Mesra Dari Pensyarah, Gadis Ini Digagalkan Peperiksaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?