• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Insiden Jambatan Sungai Musah Di Kapit, Punca Kerosakan Masih Dalam Kajian JKR

Oleh
Aina Musa
13 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Insiden Jambatan Sungai Musah Di Kapit, Punca Kerosakan Masih Dalam Kajian JKR

Punca kerosakan masih belum diketahui

Insiden Jambatan Sungai Musah Di Kapit, Punca Kerosakan Masih Dalam Kajian JKR. Satu kajian sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kerosakan Jambatan Sungai Musah di Kapit, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Nanta juga menyatakan bahawa semua tindakan dan perkara berkaitan telah dilaksanakan, dan beliau bersama beberapa pihak, seperti Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas, Lidam Assan, telah pergi ke lapangan untuk memantau keadaan jambatan tersebut.

Insiden Jambatan Sungai Musah Di Kapit, Punca Kerosakan Masih Dalam Kajian JKR. Kredit: Facebook

“Pertama, saya ingin menjelaskan di sini kepada Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sarawak (DAP) Chong Chieng Jen bahawa jambatan ini berada di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) dan MIPD, bukan Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Namun, sebagai ahli Parlimen di kawasan tersebut dan juga Menteri Kerja Raya, saya masih bertanggungjawab untuk memastikan punca kejatuhan jambatan ini dikenal pasti untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku di masa depan”.

Beliau memberi respons kepada kenyataan dari Pengerusi DAP Chong Chieng Jen, yang mengatakan bahawa KKR tidak mengambil tindakan berkenaan isu yang terlibat.

Nanta berkata perkara ini tidak patut dipolitikkan kerana memerlukan masa untuk pihak berkenaan menjalankan siasatan dan kajian.

“Atas sebab itu, saya meminta Chong bersabar kerana pihak yang bertanggungjawab sedang menjalankan siasatan dan sedang mengatur laluan alternatif untuk pengguna di kawasan tersebut kerana siasatan ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa.

“Kami (KKR) dan saya sendiri mengambil perkara ini dengan serius,” tambahnya.

Pada 4 Okt, Chong mahu Nanta memberikan penjelasan penuh mengenai sebab-sebab di sebalik Jambatan Nanga Musah yang rosak di Song, Kapit, yang dibina dengan kos RM55 juta dan bertahan kurang dari sepuluh tahun.

Baca lagi artikel menarik:

Tular Reka Bentuk Jambatan Di Sungai Katibas Kapit Undang Reaksi Netizen Sarawak
Telan Kos 18 Juta Dan Hampir Siap Dibina, Warga Sabah Gusar Jambatan Sungai Damit Terpaksa Diroboh
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suami Sanggup Tinggalkan Gaji Lima Angka Dan Bermastautin Di Sarawak Bersama Isteri
Next Article Belanjawan 2024, Ini Ringkasan Peruntukan Untuk Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?