• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Institut Memandu di Zon Selatan Sarawak Dibenarkan Buka Bermula 17 September

Oleh
Ismail NA
15 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ada siapa-siapa yang dah lebih setahun tak habis belajar lagi?

Institut Memandu di Zon Selatan Sarawak Dibenarkan Buka Bermula 17 September. Operator institut memandu serta pelajar sekolah memandu tentunya menarik nafas lega apabila institut tersebut dibenarkan untuk kembali beroperasi bermula 17 September iaitu Jumaat ini.

Khabar tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin. Menurut laporan akhbar tempatan, kebenaran tersebut diberikan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Isnin lalu setelah pihak Kementerian Pengangkutan mengemukakan cadangan serta pembentangan.

Jelas Kim Shin lanjut, pihak kementeriannya telah menerima rayuan daripada beberapa buah institut memandu di zon selatan, serta Persatuan Pusat Operator Latihan Memandu Malaysia Johor. Mereka merayu agar pusat ini dibuka semula memandangkan kesemua staf serta pengajar telah mendapat suntikan vaksin lengkap.

Institut Memandu di Zon Selatan Sarawak Dibenarkan Buka Bermula 17 September. Kredit : Carsome

Bahkan, penutupan pusat institut ini sepanjang tempoh pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan staf serta pengajar yang juga mempunyai kehidupan serta keluarga untuk disara.

Operator perlu patuhi SOP tambahan

Oleh yang demikian, JPBNS telah memutuskan untuk membenarkan institut memandu dibuka di zon selatan Sarawak selepas 3 hari dari tarikh 13 September 2021. Ini bagi membolehkan institut ini masa yang secukupnya untuk melakukan persediaan yang sepatutnya seperti proses sanitasi, serta mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bukan itu sahaja, untuk operasi yang akan dibuka pada 17 September ini, SOP tambahan yang perlu dipatuhi adalah seperti;

  • Pengajar dan pelajar diwajibkan untuk memakai pelitup separuh muka berganda (double face masks) dan pelindung muka (face shield).
  • Pengajar perlu menyediakan termometer dalam kenderaan latihan untuk memeriksa suhu badan pelajar
  • Mesti menampal kod QR MySejahtera dalam kereta latihan untuk tujuan check-in latihan atas jalan
  • Memastikan aliran udara yang baik dalam premis institusi
  • Membuka tingkap untuk pengudaraan yang lebih baik
  • Mengelakkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan semasa latihan atas jalan

Urusan penguatkuasaan SOP tambahan ini akan dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pihak ini juga diberi kuasa untuk menentukan sama ada institusi tersebut diberi kebenaran dibuka kepada orang awam. JPJ juga tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap operator institut memandu yang tidak patuh dengan peraturan ini.

Institut memandu yang terlibat adalah institut yang terletak di Lundu, Bau, Kuching, Serian, Tebedu, Samarahan, Asajaya, dan Simunjan. Sementara itu, di bahagian lain di Sarawak, institut memandu telah dibenarkan buka sejak peralihan ke PPN Fasa 3, kecuali zon selatan yang masih berada dalam PPN Fasa 2.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak 10 Individu Didakwa Palsukan Sijil Digital Vaksin, 4 Daripadanya Asal Dari Sarawak
Next Article Data Vaksin KKM Boleh Percepatkan Urusan MyKad Penduduk Asli Borneo Tanpa Dokumen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?