• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Instagram, Whatsapp, Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam, Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion

Oleh
Husna Hazmi
5 Oktober 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini merupakan masalah teknikal yang terbesar yang pernah berlaku.

Instagram, Whatsapp, Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam, Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion. Setelah mengalami gangguan iaitu gagal diakses oleh jutaan pengguna di seluruh dunia selama 6 jam, platform laman sosial Instagram, Whatsapp dan juga Facebook kini kembali pulih.

Instagram, Whatsapp, Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam, Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion
Instagram, Whatsapp, Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam, Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion
Instagram, Whatsapp, Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam, Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion
Whatsapp tidak dapat diakses semalam.

Masalah teknikal terbesar

Jutaan pengguna berdepan kesukaran mengakses laman-laman tersebut sejak kira-kira 12 malam tadi dan juga apa yang disifatkan oleh DownDetector sebagai “Masalah teknikal terbesar pernah berlaku”.

Sekitar jam 6.30 pagi ini, rata-rata pengguna menyatakan mereka berjaya memasuki ketiga-tiga aplikasi tersebut, namun penggunaannya masih lagi tersekat-sekat.

Masalah berkenaan merupakan yang kedua dialami platform media sosial itu selepas dituduh tidak menyekat kenyataan berbaur hasutan dan benci serta berita palsu serta mementingkan keuntungan.

Facebook services coming back online now – may take some time to get to 100%. To every small and large business, family, and individual who depends on us, I’m sorry.

— Mike Schroepfer (@schrep) October 4, 2021

“Saya memohon maaf kepada setiap perniagaan kecil mahupun besar, keluarga dan setiap individu yang bergantung kepada perkhidmatan kami,” kata Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepfer menerusi ciapan di akaun Twitter milik beliau.

Schroepfer turut menambah bahawa, syarikat mereka memerlukan sedikit lagi masa bagi memulihkan keadaan sepenuhnya.

Instagram, Whatsapp, Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam, Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion

Kekayaan peribadi Mark Zuckerberg merosot lebih daripada AS$6 bilion

Di samping itu, kekayaan peribadi Mark Zuckerberg iaitu pengasas Facebook, merosot lebih daripada AS$6 bilion dalam hanya beberapa jam susulan gangguan pada platform media sosial yang bermula lewat malam semalam itu. Dilaporkan oleh Bloomberg, perkara ini telah mengakibatkan Zuckerberg jatuh satu anak tangga dalam senarai individu terkaya di dalam dunia.

Penjualan saham Facebook Inc secara besar-besaran juga telah menyebabkan ia jatuh 4.9%, dan ditambah lagi dengan kemerosotan sebanyak 15% dialami syarikat itu sejak pertengahan September. Kejatuhan harga saham menyebabkan kekayaan Zuckerberg merosot pada AS$121.6 bilion, di bawah Bill Gates dalam senarai Indeks Jutawan Bloomberg.

Beberapa minggu sebelum ini kekayaan beliau bernilai AS$140 bilion. Lewat Isnin, berjuta pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp di seluruh dunia mengalami kesukaran mengakses platform media sosial itu dalam kejadian yang disifatkan sebagai “masalah teknikal terbesar pernah berlaku”.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Next Article Twitter Dibanjiri Meme Lucu Sindir Gangguan 6 Jam Yang Dialami Oleh Facebook, IG Dan WhatsApp Twitter Dibanjiri Meme Lucu Sindir Gangguan 6 Jam Yang Dialami Oleh Facebook, IG Dan WhatsApp

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?