I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Notification Show More
Latest News
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
16 Mei 2022
BeFunky collage 2021 05 04T151006.625 Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
16 Mei 2022
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri
16 Mei 2022
tuaran 7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
16 Mei 2022
Kafe Tersembunyi Di Santubong Ini Bagi Anda Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
16 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 03/03/22 11:49 AM
Kongsi
5 Min Bacaan
BeFunky collage 2021 10 04T192535.414 Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Kongsi
Sponsored

Sebuah inisiatif di bawah Pakej ‘Sia Sitok Sarawak Accommodation’!

Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini. Seperti yang anda sedia maklum, aktiviti pelancongan di Sarawak mengikut SOP kini sudah dibenarkan mulai 1 Oktober yang lalu. Bagi menghidupkan semula ekonomi sektor pelancongan di Sarawak, orang Sarawak terutamanya ditawarkan kelebihan menginap di hotel dan resort seluruh Sarawak dengan harga yang sangat murah!

Malah, harga diskaun yang diberikan juga bukan alang-alang tau. Anda boleh menginap di hotel bertaraf 4 dan 5 bintang di SELURUH SARAWAK dengan potongan harga sehingga 50%. Wahh!

Sponsored

Tempahan dibuka mulai 1 Oktober 2021

Langkah ini merupakan tawaran pakej Sia Sitok Sarawak Accommodation, lanjutan daripada kempen Sia Sitok Sarawak yang dilancarkan oleh Sarawak Tourism Board (STB) dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Sarawak. Tawaran ini akan berlangsung selama 2 bulan, untuk tempahan bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2021, manakala tempoh penginapan bermula sekarang sehingga 30 November 2021.

Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini

Anda berpeluang untuk menikmati penginapan ‘top-notch’ daripada 33 buah pilihan hotel dan resort seluruh Sarawak yang berdaftar dengan Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Sarawak.

Sponsored

Cara tempah hotel dengan diskaun 50% di seluruh Sarawak

Jadi, macam mana cara nak tempah hotel Sarawak dengan diskaun 50% ni? Ikuti langkah yang telah kami sediakan seperti berikut.

1. Layari laman sesawang www.hotelsarawak.com.my

Layari laman sesawang www.hotelsarawak.com.my untuk membuat tempahan. Macam biasa, anda lengkapkan carian dengan memilih kawasan hotel, tarikh check-in dan check-out, serta jumlah orang untuk satu bilik. Tekan butang ‘Search’.

Sponsored
Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Hotel Sarawak

2. Pilih hotel mengikut kesukaan anda

Hasil carian anda akan keluar seperti ini. Jika anda ingin mengubah mana-mana tarikh atau kriteria carian, anda boleh mengubahnya di bahagian kiri paparan carian. Seperti contoh yang dipaparkan ini, Hotel The Marian Boutique Lodging Hotel hanya menawarkan kadar RM 57 sahaja untuk satu malam. Begitu juga dengan hotel bertaraf 4 ke 5 bintang seperti Grand Margherita dan The Waterfront Hotel.

Masing-masing hanya berharga RM 100 dan RM 115 untuk satu malam berbanding harga asal yang boleh mencecah sehingga lebih daripada RM 200 seperti yang terpapar pada carian aplikasi penginapan Agoda.

Sponsored
Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Hotel Sarawak
Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Hotel Sarawak
Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Hotel Sarawak

Perbandingan dengan harga asal di paparan carian aplikasi penginapan Agoda :

Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Agoda
Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Agoda

3. Teliti kemudahan yang disediakan dan tempah jika berpuas hati

Pilih hotel yang bersesuaian untuk tujuan penginapan anda. Anda akan dibawa ke laman yang memaparkan maklumat lanjut hotel termasuklah fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk harga tersebut. Jika anda berpuas hati, anda boleh menekan butang ‘Book Now’.

Sponsored
Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Hotel Sarawak

4. Isi maklumat peribadi

Isi maklumat peribadi seperti gelaran, nama, alamat emel, nombor telefon, kewarganegaraan dan nombor kad pengenalan. Tandakan pada butang setuju terma dan syarat dan klik ‘Confirm & Next’.

Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Hotel Sarawak

5. Bayar tempahan melalui 7 pilihan kaedah pembayaran dalam talian

Bayar tempahan anda tanpa perlu ragu-ragu kerana setakat ini, kami mendapati bahawa tiada sebarang cas tambahan dikenakan. Apa yang anda lihat pada paparan carian, itulah harga yang anda perlu bayar. Pastikan anda menyemak semula maklumat peribadi dan edit terus jika ada yang tersalah taip sebelum ini.

Sponsored

Terdapat 7 saluran pembayaran yang anda boleh gunakan iaitu SarawakPay, Mastercard VISA, FPX (perbankan online), AliPay, Boost, Touch’nGO eWallet dan UnionPay.

Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini
Sumber : Hotel Sarawak

6. Selesai!

Setelah anda selesai melakukan pembayaran, anda sudah pun selamat menempah bilik hotel dengan harga terendah! Sekiranya anda menerima slip tempahan di alamat emel anda, simpan dan tunjukkan di kaunter semasa proses check-in kelak.

Sponsored

Secara keseluruhan, kami melihat bahawa laman sesawang ini sangat ringkas dan mudah untuk digunakan, terutamanya untuk tujuan tempahan hotel dan resort. Dengan itu, urusan tempahan anda akan menjadi lebih cepat. Bahkan, aliran paparannya seakan-akan sama seperti laman tempahan universal seperti Agoda, Booking.com, dan Airbnb.

Tempahlah penginapan anda sekarang. Sambil-sambil itu, jangan lupa untuk kekal mematuhi SOP dan menjaga penjarakan sosial semasa bercuti.

Sponsored
TEMPAH HOTEL ANDA SEKARANG DI SINI!

Berikut adalah destinasi ‘cun’ untuk anda beriadah dan menenangkan minda di Kuching :

Sponsored
Nur Afifah 4 Oktober 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BeFunky collage 2021 10 04T163612.401 Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak! Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah ‘All-in-1’ Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Next Article Intagram Whatsapp Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS6 Bilion Instagram, Whatsapp, Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam, Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion Instagram, Whatsapp, Facebook Alami Gangguan Selama 6 Jam, Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot AS$6 Bilion

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Cerita Borneo

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang

16 Mei 2022
BeFunky collage 2021 05 04T151006.625 Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Cerita Borneo

Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun

16 Mei 2022
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Cerita Borneo

Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri

16 Mei 2022
Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat
Cerita Borneo

Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat

15 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?