• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Capaian Internet 250Mbps Starlink Buat Penduduk Kampung Mondikot Senyum Lebar

Oleh
Ismail NA
16 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kredit foto: BERNAMA

Satelit ini adalah projek percubaan MCMC bersama REDtone

Capaian Internet 250Mbps Starlink Buat Penduduk Kampung Mondikot Senyum Lebar. Penduduk Kampung Mondikot di Papar, Sabah kini menikmati akses internet berkelajuan tinggi percuma melalui sistem satelit Starlink sejak bulan Jun lalu.

Sistem ini dipasang sebagai projek percubaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama REDtone, menawarkan kelajuan sehingga 250 Mbps dengan liputan sekitar 150 meter dari titik pemasangan.

Capaian Internet 250Mbps Starlink Buat Penduduk Kampung Mondikot Senyum Lebar
Capaian Internet 250Mbps Starlink Buat Penduduk Kampung Mondikot Senyum Lebar. Kredit foto: BERNAMA

Angellisa Mary Sobiting, pembantu jualan berusia 21 tahun, menyatakan bahawa perkhidmatan ini telah lama dinantikan. “Sekarang saya boleh mengakses internet dari rumah kerana liputannya mencapai kediaman saya. Sebelum ini, saya terpaksa ke bandar (Papar) hanya untuk menggunakan internet,” katanya kepada Bernama.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah melawat projek percubaan Starlink di kampung tersebut, diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau, Datuk Juil Nuatim; dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Tinus Guntalib, petani berusia 64 tahun, melahirkan rasa syukur atas perkhidmatan internet ini, kerana ia memudahkan urusan rasmi dan transaksi perniagaan pertanian yang perlu dilakukan dalam talian. “Akses internet juga membolehkan anak-anak belajar dalam talian di rumah. Pemasaran hasil pertanian juga menjadi lebih mudah,” ujarnya.

Esther Kerintun, peniaga makanan berusia 36 tahun, berkongsi pandangan bahawa akses internet berkelajuan tinggi ini boleh membantu mempromosikan pelancongan tempatan di Kampung Mondikot, serta produk kraftangan penduduk kampung.

Internet pantas buka peluang untuk penduduk promosikan kampung sebagai lokasi pelancongan

Fahmi menggesa penduduk Kampung Mondikot untuk memanfaatkan sepenuhnya internet berkelajuan tinggi yang disediakan secara percuma ini bagi meningkatkan ekonomi tempatan, termasuk mempromosikan kampung sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Beliau mencadangkan agar pihak berkaitan bekerjasama dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, serta MCMC untuk memperkenalkan kampung ini kepada umum.

Mondikot Deer Camp, salah sebuah tempat pelancongan di kampung ini. Kredit foto: mypapar.com

Fahmi juga menyarankan penggunaan pempengaruh media sosial untuk mempromosikan pelancongan di kawasan tersebut dengan menyediakan kandungan informatif yang boleh dikongsi di platform media sosial.

Mengenai unit satelit Starlink di kampung tersebut, Fahmi menyatakan bahawa sambungan internet ini dipasang oleh MCMC dan REDtone pada bulan Jun, menawarkan kelajuan sehingga 250Mbps, dengan liputan sekitar 150 meter dari tapak pemasangan.

Lebih 1,000 penduduk menerima manfaat internet pantas Starlink sejak dipasang

Juil pula menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi atas pemasangan sistem Starlink, yang membolehkan anggaran 1,000 penduduk Kampung Mondikot menikmati akses internet berkelajuan tinggi secara percuma.

Dengan peningkatan akses internet dan jalan raya yang dinaiktaraf, penduduk kampung kini bukan sahaja dapat mempromosikan keindahan alam semula jadi kawasan tersebut, tetapi juga mengembangkan pasaran produk pertanian mereka melampaui sempadan kampung.

Baca juga perkembangan menarik di Sabah

Sabah Bakal Ada Sistem Simpanan Tenaga Bateri Terbesar Di Asia Tenggara
Gerai Burger Tepi Jalan Di Sabah Guna Sistem Panggilan Nombor Tarik Perhatian Netizen
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal Sejak 7 Tahun Lalu
Next Article Sarawak Rancang Tambah Kawasan R&R Di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?