• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal Sejak 7 Tahun Lalu

Oleh
Farisha
15 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sijil halal roti Ikhwan tamat 2017, tak renew kerana kilang pindah lokasi

JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal Sejak 7 Tahun Lalu. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil berat tentang soalan-soalan yang diterima berkenaan produk jenama Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara yang kini menjadi viral.

Menurut laman Facebook JAKIM, pemeriksaan melalui Portal Halal Malaysia menunjukkan bahawa produk tersebut tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal Sejak 7 Tahun Lalu
JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal Sejak 7 Tahun Lalu

Perkara ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Akta ini menyatakan bahawa semua makanan dan barang tidak boleh digambarkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang tersebut boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jika:

Maklumat penting

a) diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan

b) ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah tersebut.

Menurut laporan media tempatan pula, tarikh persijilan halal telah tamat pada 31 Mei 2017 dan tidak diperbaharui kerana perpindahan lokasi kilang.

Dalam hal ini, JAKIM telah menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera. Jika didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, syarikat berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh diajukan kepada Jabatan ini melalui e-mel rasmi [email protected] untuk tindakan lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tular Netizen Bongkar Syarikat Ini Amal Ajaran Sesat Di Malaysia
Kenali Ciri-Ciri Ajaran Sesat Yang Anda Perlu Tahu
SUMBER :Facebook JAKIM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Operasi Penanaman Ganja Terbesar Sarawak Tumpas, Nilai Rampasan Lebih RM 3 Juta
Next Article Capaian Internet 250Mbps Starlink Buat Penduduk Kampung Mondikot Senyum Lebar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?