• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau

Oleh
Nazihah AN
16 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau

Lelaki tersebut mengaku bersalah memindahkan minyak petrol tanpa permit

Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau. Seorang lelaki warga asing didenda RM300,000 dan penjara 18 bulan di Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah memindahkan 500 liter minyak petrol tanpa permit awal bulan ini.

Dipetik dari Utusan Borneo, Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud telah menjatuhkan hukuman kepada Abdul Rajul Diliun mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961, boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta No. 122.

Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau
Sumber gambar: AstroAwani

Tertuduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah stesen minyak di Semporna.

Mahkamah turut memerintahkan jika tertuduh gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara dua tahun lagi dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas menjalani hukuman untuk dihantar pulang ke negara asal.

Tertuduh yang berusia 45 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut di sebuah stesen minyak di Semporna kira-kira jam 11.40 pagi pada 1 Jun lalu.

Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau
Gambar hanya hiasan: Sinar Harian

Mengikut fakta kes, tertuduh dan beberapa lagi ditahan sepasukan polis semasa Ops Kontraban.

Difahamkan bahawa tertuduh sibuk mengisi sehingga 20 gelen petrol di stesen minyak berkenaan yang dipercayai diangkut menggunakan kereta sorong.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan (KPDNHEP) Malai Rosidi Malai Muhamad.

Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau
Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau. Gambar hanya hiasan: Sinar Harian

Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu
Next Article Terlajak Masuk Gear, Kereta Ini Nyaris Langgar Pintu Ketibaan Airport Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?