• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu

Oleh
Nazihah AN
16 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu

Polis turut mengesahkan bahawa individu tersebut adalah individu yang dilaporkan hilang oleh Kedutaan India di Kuala Lumpur

Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu. Seorang warga India berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang oleh Kedutaan India di Kuala Lumpur ditemui selamat, tujuh tahun selepas kali terakhir dilihat di sini.

Dipetik dari The Borneo Post, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata lelaki yang dikenali sebagai Sushil Singh itu ditemui pada 12 Jun lalu susulan panggilan yang diterima polis daripada seorang pemberi maklumat yang menyatakan mengenai lokasi lelaki itu pada Ahad lalu.

Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu
Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu. Sumber gambar: The Borneo Post

Rupanya sudah berkahwin dengan warga tempatan di Sibu

Jelas beliau, sepasukan anggota daripada Balai Polis Sibujaya telah menjalankan siasatan di tempat lelaki tersebut menetap dan mendapati bahawa lelaki itu merupakan individu yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Balai Polis Sibujaya telah berjaya mengesan OH yang dilaporkan hilang itu. Siasatan polis mendapati lelaki itu sudah berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan dia kini berada di sini di Sibu. Kes orang hilang kini diselesaikan”

Kedutaan India di Kuala Lumpur telah membuat laporan polis berhubung kehilangan lelaki itu pada 31 Mei tahun ini. Lelaki tersebut dilihat kali terakhir di Lapangan Terbang Sibu pada 3 Jun 2015.

Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu
Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu. Sumber gambar: FB Polis IPD Sibu

Pihak polis menguar-uarkan siaran berita berkenaan dengan laporan Orang Hilang (OH) pada 12 Jun 2022 kira-kira 11.00 pagi di laman rasmi Facebook Polis IPD Sibu. Difahamkan, pada hari yang sama mereka telah menerima sebuah panggilan mengenai keberadaan orang hilang tersebut.

Tambahnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu juga telah memaklumkan kepada kedutaan negara berkenaan berhubung perkembangan berkenaan.

Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu
Lelaki Disangka Hilang 7 Tahun Lalu, Rupanya Sudah Berumah Tangga Dengan Warga Tempatan Di Sibu

Dion Cools atau nama penuhnya Dion-Johan Chai Cools merupakan seorang pemain bola sepak berdarah kacukan Malaysia-Belgium. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023
Next Article Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau Isi Petrol Ke Dalam 20 Gelen, Lelaki Warga Asing Ini Didenda RM300K Dan Dipenjara 18 Bulan Di Tawau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?