• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Jeti Kayu RM 50,000 Di Miri, SPRM Siasat Tiada Unsur Rasuah Dalam Projek Pembinaannya

Oleh
Husna Hazmi
13 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

SPRM menjelaskan tiada unsur rasuah dalam pembinaan jeti kayu belian yang berukuran panjang 15 meter tersebut.

Isu Jeti Kayu RM 50,000 Di Miri, SPRM Siasat Tiada Unsur Rasuah Dalam Projek Pembinaannya. Dilaporkan bahawa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan pemeriksaan terhadap projek jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri.

Isu Jeti Kayu RM 50,000 Di Miri, SPRM Siasat Tiada Unsur Rasuah Dalam Projek Pembinaannya
Isu Jeti Kayu RM 50,000 Di Miri, SPRM Siasat Tiada Unsur Rasuah Dalam Projek Pembinaannya

Setelah pemeriksaan dilakukan

Menurut sumber, setelah pemeriksaan dilakukan terhadap jeti kayu tersebut, didapati bahawa tiada sebarang unsur rasuah di dalam projek tersebut.

Ibu pejabat juga telah mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, susulan dakwaan kos yang mahal seperti dibangkitkan orang ramai.

Sumber itu berkata, hasil semakan yang dibuat tiada menunjukkan sebarang rasuah atau penyelewengan.

“Kayu yang diguna memang benar kayu belian hasil penelitian oleh pakar,” kata kenyataan itu pada Selasa, semalam.

Isu Jeti Kayu RM 50,000 Di Miri, SPRM Siasat Tiada Unsur Rasuah Dalam Projek Pembinaannya

Baru-baru ini JKR mengundang kritikan daripada rakyat

Tular baru-baru ini setelah JKR mengundang kritikan daripada rakyat setelah memuat naik beberapa gambar di media sosial menunjukkan penyerahan jeti kayu baharu di Kampung Mutap, yang menurutnya menelan kos RM50,000.

Hal itu telah membuatkan orang ramai menyuarakan keraguan terhadap mutu jeti tersebut, dan ada juga yang mempersoal peruntukan RM50,000 yang dikeluarkan kerajaan untuk apa yang dilihat sebagai struktur kayu yang cukup ringkas.

Dalam masa yang sama, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Memiliki Dadah Semasa Serbuan, Dua Lelaki Dari Bau Ditahan Polis Memiliki Dadah Semasa Serbuan, Dua Lelaki Dari Bau Ditahan Polis
Next Article Setelah Dua Tahun Diadakan Dalam Talian, Rainforest World Music Festival Akan Kembali Tahun Ini! Setelah Dua Tahun Diadakan Dalam Talian, Rainforest World Music Festival Akan Kembali Tahun Ini!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?