• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Isu Jual Stokin Berkalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf

Oleh
Farisha
14 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sensitiviti agama: Isu penjualan stokin berkalimah Allah di KK Super Mart

Isu Jual Stokin Berkalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf. Semalam, satu hantaran tular di media sosial mengenai penjualan stokin yang tertera kalimah Allah S.W.T di rangkaian runcit KK Supermart.

Menurut sumber, ramai mempersoalkan bagaimana pihak rangkaian runcit tersebut tidak peka dengan penawaran produk yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam yang merupakan agama terbesar di Malaysia.

Mohon maaf kerana jual stokin berjenama MIRANOSOCK

Susulan insiden itu, KK Supermart telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas penjualan stokin berjenama MIRANOSOCK. Mereka mendakwa berlaku kesilapan dalam penjualan stokin tersebut di cawangan mereka di Bandar Sunway.

Isu Jual Stokin Berkalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf
Isu Jual Stokin Berkalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf. Sumber: Facebook

Pihak KK Supermart meluahkan rasa kesal dan memandang serius akan insiden tersebut. Tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stokin berkenaan.

Produk tersebut adalah produk ‘consignment’ daripada vendor

Dalam pada itu, mereka turut memaklumkan bahawa produk ini adalah produk ‘consignment’ daripada vendor. Pihak mereka juga telah menghubungi vendor terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Sementara itu, KK Supermart mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan memberi teguran serta komen terhadap isu ini. Mereka sekali lagi memohon maaf dan akan memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim
Dakwa Nabi Muhammad Adalah Allah, Suami Isteri Sokong Ajaran ‘Si Hulk’ Buat Netizen Risau
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Krisis Bekalan Air Kritikal, JPBD Isytihar Daerah Papar Dilanda Bencana Kemarau Krisis Bekalan Air Kritikal, JPBD Isytihar Daerah Papar Dilanda Bencana Kemarau
Next Article English Tea House Dataran Ibu Pertiwi Bakal Anjur Buffet Ramadan Buat Julung Kalinya English Tea House Dataran Ibu Pertiwi Bakal Anjur Buffet Ramadan Buat Julung Kalinya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?