• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim

Oleh
Aina Musa
16 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Penggunaan Kalimah 'Allah' Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim

Isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama Kristian

Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim. Penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian dalam penerbitan bahan agama mereka hanya boleh diguna pakai khusus bagi negeri Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana negeri itu tidak terikat dengan keputusan negeri-negeri lain.

Penggunaan Kalimah 'Allah' Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim
Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim. Kredit: Astro Awani

Ini jawapan beliau

“Ini khusus dalam kes Sarawak (kerana) kita faham Sarawak dulu tidak terikat dengan keputusan-keputusan negeri, dia tidak boleh terpakai untuk di Melaka, Pulau Pinang atau Selangor.

“(Kes) ini hanya khusus untuk kes Sarawak yang sudah kita kalah dalam kes awal, kerana di Sarawak memang diputuskan oleh negeri begitu rupa,” katanya.

Penggunaan Kalimah 'Allah' Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan sudah mengemuka nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan KDN menarik balik rayuan di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah.

Penggunaan Kalimah 'Allah' Oleh Penganut Kristian Di Sarawak, Ini Respon Anwar Ibrahim

Beliau dalam sidang medianya pada Selasa memaklumkan keputusan KDN tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman membabitkan kes Jill Ireland lawan Kerajaan Malaysia adalah disebabkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan ketika itu menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran.

Jelasnya, isu terbabit adalah berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu dan bukanlah dari sudut teologi ataupun apa juga yang membabitkan penggunaan kalimah Allah.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Kisah Cikgu Luar Biasa, Tiga Pendidik Dari Sarawak ‘Bolot’ Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s
Teruja Lihat Keharmonian Pelbagai Kaum, Netizen Semenanjung Ini Kagum Sarawak Lebih ‘Maju’
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Pelajar Bertumbuk Di Sibu, Individu Ini Dedah Rakaman Video Buli Di Kawasan Lot Kedai Tular Pelajar Bertumbuk Di Sibu, Individu Ini Dedah Rakaman Video Buli Di Kawasan Lot Kedai
Next Article Berang Perkataan 'Babi' Ditulis Pada Cawan, Wanita Ini Mahu Saman Starbucks Malaysia Berang Perkataan ‘Babi’ Ditulis Pada Cawan, Wanita Ini Mahu Saman Starbucks Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?