• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anggap Isu Khatam Al-Quran Selesai, Uskup Anglikan Nafi Pihak Sekolah Prejudis

Oleh
Aina Musa
17 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Anggap Isu Khatam Al-Quran Selesai, Uskup Anglikan Nafi Pihak Sekolah Prejudis

Isu selesai menerusi perbincangan antara pihak PPD dan ketua sekolah misi

Anggap Isu Khatam Al-Quran Selesai, Uskup Anglikan Nafi Pihak Sekolah Prejudis. Isu penganjuran majlis khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan (SK) St Thomas yang tidak diluluskan telah diselesaikan dengan baik melalui perbincangan antara pegawai Jabatan Pendidikan negeri dan pihak sekolah, demikian menurut Pengerusi Lembaga Sekolah-Sekolah Misi Anglikan, Datuk Danald Jute.

Beliau menjelaskan bahawa majlis untuk murid-murid Muslim Tahun Enam tersebut akan tetap diadakan dan dilangsungkan di sebuah hotel berhampiran memandangkan ketiadaan ruang yang sesuai di kawasan sekolah.

Anggap Isu Khatam Al-Quran Selesai, Uskup Anglikan Nafi Pihak Sekolah Prejudis. Sumber: The Star

Sebelum ini, isu ini menjadi kontroversi apabila surat larangan penganjuran majlis di sekolah tersebar luas dalam media sosial, mengundang kritikan dan desakan penjelasan daripada pihak tertentu.

Walau bagaimanapun, Danald yang juga Uskup Agung Anglikan Kuching menafikan dakwaan bahawa pihak sekolah didiskriminasi dan bersikap prejudis dalam isu ini.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menjunjung semangat perpaduan dan keharmonian.

Danald turut menyuarakan rasa kecewa berikutan pembocoran surat sulit antara pegawai pendidikan dan pihak sekolah. Beliau mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Tambahnya, sekolah-sekolah misi Anglikan tidak mempunyai sebarang halangan untuk menganjurkan aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum yang melibatkan pelajar Islam.

Mengakhiri kenyataannya, Danald menegaskan bahawa SK St Thomas mempunyai etos dan identiti tersendiri selaku sekolah misi. Oleh yang demikian, pihak Berkuasa Misi, selaku pemilik sekolah, berhak sepenuhnya untuk menentukan aktiviti yang boleh atau tidak diadakan di kawasan sekolah, menurut peruntukan Akta Pendidikan.

Baca lagi artikel menarik:

Pegawai Pendidikan Bakal Bertemu Uskup Anglikan Berkaitan Isu Khatam Quran Sekolah
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Di Kuching Ditolak, Raih Perhatian Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penyokong Skuad Harimau Malaya, Ini Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Di Borneo Penyokong Skuad Harimau Malaya, Ini Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Di Borneo
Next Article Galeri Hoan Anjur Pameran Mendiang Pengasas Sarawak Fine Arts School, Chong Liew Syn

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?