• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Mural Orang Utan Dipadam, Pemilik Bangunan Kesal Mural Baharu Dituduh Vandalisme

Oleh
Ismail NA
15 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Orang utan kini diganti dengan mural belon 3D.

Isu Mural Orang Utan Dipadam, Pemilik Bangunan Kesal Mural Baharu Dituduh Vandalisme. Susulan isu mural orang utan di Jalan Power (bersebelahan Bangunan Electra House) yang dipadam tempoh hari, pemilik bangunan tersebut pula kini tampil bersuara.

Isi Isi Penting
  • Orang utan kini diganti dengan mural belon 3D.
  • “Hormati saya sebagai pemilik bangunan, usaha ini dibuat di sisi undang-undang yang sah,” – Roger Pui
  • Isu orang utan dipadam disifatkan sebagai ‘modal politik’
  • Syarat utama kepada penyewa dinding untuk kerja pengindahan

Menurut laporan akhbar tempatan, pemilik bangunan tempat dindingnya dilukis mural orang utan, Roger Pui memberitahu bahawa beliau kesal dengan pendapat yang dikeluarkan oleh menteri dan datuk bandar yang menyelar mural baharu di dindingnya dituduh tindakan vandalisme.

Isu Mural Orang Utan Dipadam, Pemilik Bangunan Kesal Mural Baharu Dituduh Vandalisme
Isu Mural Orang Utan Dipadam, Pemilik Bangunan Kesal Mural Baharu Dituduh Vandalisme

“Hormati saya sebagai pemilik bangunan, usaha ini dibuat di sisi undang-undang yang sah,” – Roger Pui

Mengulas lanjut, mural baharu yang menggantikan mural orang utan tersebut adalah sebuah langkah bersamanya bersama pihak yang terlibat untuk mencantikkan semula kawasan tumpuan pelancong itu.

Usaha ini juga mematuhi undang-undang dan tiada niat jahat sepertimana tuduhan vandalisme yang dilontarkan oleh menteri dan datuk bandar tempoh hari. Malah, Roger Pui menegaskan bahawa beliau adalah pemilik sah dinding tersebut dan telah merujuk peguamnya sebelum mural baharu belon 3D bertulis ‘KUCHING’ itu dilukis. Bahkan, perkara yang sama turut dilakukan sebelum mural orang utan dahulu dilukis di dinding yang sama.

Tindakan ini dirujuk berdasarkan Perlembagaan Malaysia Perkara 13 Hak terhadap Harta yang menyebut;

(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.

Oleh yang demikian, adalah tidak berasas sama sekali hak kepemilikan dinding tersebut oleh pemilik bangunan diketepikan hanya kerana dinding tersebut sebelum ini dilukis mural orang utan dan ianya menjadi tarikan pelancong di Kuching.

Hak saya sebagai pemilik bangunan juga perlu dihormati,”

Roger Pui, pemilik sah bangunan di Jalan Power

Isu orang utan dipadam disifatkan sebagai ‘modal politik’

Roger Pui juga menyifatkan isu tersebut sengaja diperbesarkan sebagai ‘modal politik’ dan niatnya untuk memulihara keindahan Bandar Kuching disalah ertikan sebagai vandalisme.

Isu Mural Orang Utan Dipadam, Pemilik Bangunan Kesal Mural Baharu Dituduh Vandalisme
Ernest menyiapkan mural orang utan di Jalan Power pada tahun 2014. Kredit: BERNAMA

Dalam masa yang sama, beliau juga telah memohon lesen pengiklanan daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memandangkan banyak syarikat yang menghubungi beliau untuk menaja kerja-kerja pengindahan dinding tersebut sekaligus mempromosikan produk mereka.

Tambahan pula, kawasan ini adalah di bawah pentadbiran DBKU dan perbincangan yang sebetulnya telah dibuat secara bersama sebelum apa-apa komisen baharu dibuat ke atas dinding tersebut.

Syarat utama kepada penyewa dinding untuk kerja pengindahan

Walau bagaimanapun, Roger meletakkan syarat pengindahan tersebut agar memasukkan elemen bandaraya Kuching agar tempat tersebut tetap menjadi lokasi tarikan pelancong terutamanya untuk tujuan mengambil gambar.

Selaku pemilik bangunan yang juga merupakan warga Kuching, Roger Pui berharap agar kerja-kerja memulihara dan mengindahkan lagi dinding ini dapat membuatkan rakyat Kuching bangga dengan hasilnya yang pasti menggamit sesiapa sahaja yang melihat.

Sementara itu, kenali juga artis mural Sarawak yang terkenal dengan lukisan mural belon 3D nya termasuk yang kini sedang dilukis di dinding Roger Pui:

SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] 'Tu Makan Diaa..' Netizen Puas Hati Lihat Polis Buat Roadblock Secara Mengejut [VIDEO] ‘Tu Makan Diaa..’ Netizen Puas Hati Lihat Polis Buat Roadblock Secara Mengejut
Next Article Berlagak Macam 'Karen' Di McDonald's Labuan, Lelaki Ini Dikecam Oleh Netizen Berlagak Macam ‘Karen’ Di McDonald’s Labuan, Lelaki Ini Dikecam Oleh Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?