I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan ‘Trademark’ Belon Huruf 3D
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan ‘Trademark’ Belon Huruf 3D

Oleh Nur Afifah 7 Julai 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan ‘Trademark’ Belon Huruf 3D. Pernah lihat mural belon huruf realistik di Miri? Atau mural lukisan wajah realistik di Pustaka Negeri Sibu? Luar biasa kan?

Kebolehan melukis mural ini bukanlah sesuatu yang boleh diasah dalam masa satu malam. Sebaliknya, memerlukan latihan selama bertahun-tahun bagi mencapai hasil yang realistik dan begitu indah. Dalam artikel kali ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda seorang artis mural realistik yang berasal dari Sibu, Sarawak iaitu Jagung.

Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan ‘Trademark’ Belon Huruf 3D. Kredit: IG @jagungart

Belajar sendiri seni lukisan mural dan graffiti

Jagung atau nama sebenarnya, Aries Kong merupakan seorang artis mural realistik yang berasal dari Sibu, Sarawak. Beliau merupakan artis yang mempelajari sendiri seni lukisan dan grafiti realistik yang kini dilakukannya sepenuh masa.

Sebelum menjadikan lukisan mural realistik ini sebagai pekerjaan utamanya, beliau pernah bekerja di syarikat korporat sebelum memutuskan untuk berhenti pada tahun 2016. Beliau kemudian memberikan tumpuan sepenuhnya kepada minatnya dalam bidang seni.

Kerjaya ini juga direstui oleh isterinya, malah mendapat sokongan penuh selepas artis berbakat ini menghadiahkan lukisan potret kepada isterinya.

Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Kredit: IG @jagungart

Komisen pertama di sebuah pusat beli belah di Sibu

Komisen seni pertamanya adalah lukisan mural di sebuah pusat beli belah di Sibu. Mural pertama itu dijayakan dengan berbekalkan berus, spray dan cat. Mural ini mendapat tarikan daripada pengunjung dan kemudiannya menjadi kawasan yang terkenal untuk mengambil gambar dan OOTD.

Selepas kejayaan mural pertamanya itu, beliau mula dikenali dan dipanggil untuk menjayakan komisen mural di pelbagai kawasan dan kota di seluruh Malaysia. Bukan setakat itu, Jagung juga pernah berkolaborasi bersama seorang lagi artis mural terkenal Sarawak, Leonard Siaw sempena Penang International Container Art Festival 2020, serta menerima jemputan untuk melukis di luar negara seperti Taiwan, Melbourne, dan Shanghai.

View this post on Instagram

A post shared by JAGUNG (@jagungart)

Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Karya Jagung untuk Projek Balai Seni Negara anjuran MOTAC bangunan SIDMA Kuching. Kredit: IG @jagungart
Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Lukisan bertemakan Budaya Etnik Sarawak di Pustaka Negeri Sarawak cawangan Sibu. Kredit: IG @jagungart
Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Komisen untuk Stesen Shell Sibu. Kredit: IG @jagungart
Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Lukisan spray untuk SARAWAK ENERGY Research & Development Laboratory Kuching Sarawak. Kredit: IG @jagungart

Salah satu lukisan mural yang ikonik dan menjadi ‘trademark’ beliau adalah lukisan 3D realistik belon huruf yang selalunya dilukis mengikut nama lokasi atau kota. Lukisan belon huruf yang pertama adalah di Sibu, kemudian di Miri, Sarikei dan terkini di Sandakan, Sabah.

Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Kredit: IG @jagungart
Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Kredit: IG @jagungart

Mural kontroversi di Jalan Power Kuching milik Jagung?

Terbaharu, mural yang seakan-akan sama seperti karya Jagung dapat dilihat Jalan Power, di bangunan bersebelahan Electra House Kuching.

Namun sayangnya, portal berita tempatan melaporkan mural baharu tersebut dilihat sebagai sesuatu yang tidak menghargai hasil karya mural orang utan sebelum ini yang dilukis oleh pelukis terkenal Lithuania, Ernest Zacharevic.

Isu ini kemudiannya mendapat perhatian Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak. Kedua-duanya turut menegur mural baharu tersebut yang didakwa tindakan vandalisme.

Ernest menyiapkan mural orang utan di Jalan Power pada tahun 2014. Kredit: BERNAMA

Menurut Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng, amat sukar untuk mendapatkan sentuhan pelukis antarabangsa Ernest dan tindakan menghapuskan mural orang utan itu adalah sesuatu yang tidak wajar meskipun ia telah lusuh dan tidak dipulihara.

Sebaliknya, pelukis mural pula yang dipersalahkan terus sebagai vandalisme tanpa kaji selidik sama ada beliau atau penaja mural baru tersebut yang sepatutnya menguruskan dokumentasi dan bertanggungjawab terhadap mural baharu itu. Ibarat kera di hutan disusukan, bayi di rumah kelaparan.

Nilai dari sudut positif

Dari sudut pandang positif pula, sebenarnya mural Kuching baharu berbentuk belon 3D realistik itu juga berpotensi untuk menjadi daya tarikan segar untuk pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara kerana ketelitian dalam penghasilan mural realistik tersebut.

Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan 'Trademark' Belon Huruf 3D
Mural baharu yang didakwa vandalisme.

Malah, bukankah ia sesuatu yang lebih membanggakan kerana hasil tangan itu adalah daripada anak tempatan Sarawak dan membawa nilai tambah kepada komuniti seni di Sarawak?

Apa-apa pun, Sarawak sememangnya mempunyai ramai artis mural berbakat seperti Jagung yang mempunyai sentuhan magis dan kebolehan luar biasanya melukis lukisan 3D dan realistik. Memang benar, keindahan seni itu terletak pada mata penontonnya.

Anda boleh mengikuti perkembangan karya Jagung di media sosialnya;

Instagram: @jagungart

Facebook: fb.com/jagungconcept

Jika bukan kita yang menyokongnya, siapa lagi? #SupportLokal

Di Sandakan juga, sebuah lukisan graffiti telah disalah ertikan sebagai perlakuan vandalisme meskipun ianya adalah karya artis tempatan yang terkenal hingga ke luar negara:

SUMBER : PICAF, Capsules Book Portfolio
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Individu Rosakkan Patung Dan Salib Gereja Keningau Berjaya Ditahan, Negatif Saringan Dadah
Next Article Apa Itu Visa Furada, Visa Haji Persendirian Yang Berisiko Tinggi

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?