• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Masih Tergendala, Kerajaan Sarawak Janji Selesaikan Isu Projek Borneo Samariang Resort City Segera

Oleh
Husna Hazmi
14 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Projek Borneo Samariang Resort City (BSRC) dibangunkan oleh Sentoria Borneo Land Sdn Bhd

Masih Tergendala, Kerajaan Sarawak Janji Selesaikan Isu Projek Borneo Samariang Resort City Segera. Dilaporkan, Kerajaan Sarawak berjanji akan mengambil tindakan drastik untuk menangani kelewatan besar dalam projek Borneo Samariang Resort City (BSRC), yang dibangunkan oleh Sentoria Borneo Land Sdn Bhd.

Baru-baru ini, Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), telah turun padang untuk meninjau keadaan projek yang tergendala itu.

Masih Tergendala, Kerajaan Sarawak Janji Selesaikan Isu Projek Borneo Samariang Resort City Segera
Masih Tergendala, Kerajaan Sarawak Janji Selesaikan Isu Projek Borneo Samariang Resort City Segera. Sumber gambar: DayakDaily

Banyak Unit Masih Belum Siap

Mengikut laporan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), perkembangan projek ini sangat perlahan, terutamanya bagi Blok 4, 5, 9, dan Ataria Serviced Apartment. Walaupun pelbagai perjanjian telah dibuat, banyak lagi unit masih tidak siap seperti yang dirancang.

Setakat 21 November:

  • Blok 4: Hanya 243 unit diluluskan.
  • Blok 5: 275 unit diluluskan.
  • Blok 9: 189 unit diluluskan.
  • Ataria Serviced Apartment: 420 unit diluluskan, tetapi tangki air utiliti yang dinaikkan masih belum siap.

Keadaan ini telah mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan orang awam dan pelabur, sekaligus menjejaskan kepercayaan terhadap projek pembangunan utama di Sarawak.

Masih Tergendala, Kerajaan Sarawak Janji Selesaikan Isu Projek Borneo Samariang Resort City Segera
Sumber gambar: Utusan Borneo

Kerajaan Beri Jaminan Tindakan Segera

Kerajaan Sarawak tidak mahu isu ini berlarutan dan sedang mengambil langkah proaktif untuk memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual. Tindakan ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk melindungi kepentingan rakyat dan pelabur, selain memulihkan keyakinan terhadap inisiatif pembangunan di negeri ini.

Lawatan tapak ini turut dihadiri oleh Abu Bakar Sepawi, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Konsil Genam, Timbalan Pengawal Perumahan; serta Sr Norlina Ra’ee, Timbalan Pengarah Operasi Sarawak Land and Survey Department, bersama pegawai kanan lain.

Bagi penduduk yang menunggu lama projek ini, adakah ini petanda baik bahawa masalah akan selesai? Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya!

Lagi artikel penuh di sini:

3 Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Solar Di Ranau
JPJ Sarawak Dedah 7,324 Kes Penunggang Motosikal Tanpa Lesen Tahun Ini
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Sarawak Dedah 7,324 Kes Penunggang Motosikal Tanpa Lesen Tahun Ini
Next Article Jalan Penghubung Sabah-Sarawak Bernilai RM 7 Bilion Buka Akses Baru, Tingkatkan Keselamatan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?