• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JPJ Sarawak Dedah 7,324 Kes Penunggang Motosikal Tanpa Lesen Tahun Ini

Oleh
Husna Hazmi
14 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Jumlah ini dalam tempoh Januari hingga November tahun Ini, apa langkah seterusnya?

JPJ Sarawak Dedah 7,324 Kes Penunggang Motosikal Tanpa Lesen Tahun Ini. Dilaporkan, dalam tempoh Januari hingga November 2024, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah merekodkan sebanyak 7,324 kes penunggang motosikal tanpa lesen yang sah. Statistik ini bukan sahaja membimbangkan tetapi turut dikaitkan dengan peningkatan risiko kemalangan jalan raya.

Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, berkata penunggang motosikal tanpa lesen sering kekurangan pengetahuan asas keselamatan jalan raya, yang akhirnya menyumbang kepada kemalangan.

Beliau menyuarakan kerisauan tentang perkara ini. Penunggang motosikal perlu mengambil langkah untuk mendapatkan lesen sah. Program MyLesen diperkenalkan khusus untuk membantu golongan B40 agar semua penunggang memiliki pengetahuan asas dan kemahiran untuk menunggang dengan selamat, katanya ketika memantau operasi “Ops Khas Motosikal” (OKM) di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub baru-baru ini.

JPJ Sarawak Dedah 7,324 Kes Penunggang Motosikal Tanpa Lesen Tahun Ini
JPJ Sarawak Dedah 7,324 Kes Penunggang Motosikal Tanpa Lesen Tahun Ini. Sumber gambar: Soyacincau

19,388 Saman Dikeluarkan Sepanjang Operasi

JPJ Sarawak juga melaporkan sebanyak 19,388 saman dikeluarkan sepanjang OKM tahun ini untuk pelbagai kesalahan jalan raya. Operasi ini selaras dengan inisiatif peringkat kebangsaan yang dijalankan JPJ Malaysia sejak 1 November dan akan berlangsung sehingga 31 Disember.

Matlamat utama operasi ini adalah memastikan pematuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memberi tumpuan kepada penunggang motosikal dan pemilik kenderaan.

JPJ Sarawak Dedah 7,324 Kes Penunggang Motosikal Tanpa Lesen Tahun Ini

Ujian Dadah dan Kesalahan Jalan Raya

Dalam operasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), sebanyak 65 pengguna jalan raya di seluruh negara didapati positif dadah, termasuk 38 penunggang motosikal dan pembonceng.

“JPJ memandang serius perkara ini. Penunggang atau pemandu di bawah pengaruh dadah bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya lain,” kata Pengarah JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan.

Menjelang Krismas, JPJ Sarawak merancang operasi khas di terminal bas ekspres untuk memastikan pemandu bebas daripada pengaruh dadah, dengan kerjasama AADK dan agensi lain.

JPJ Sarawak Dedah 7,324 Kes Penunggang Motosikal Tanpa Lesen Tahun Ini
Sumber gambar: BERNAMA

Perancangan Masa Depan dan Naik Taraf MyJPJ

JPJ turut komited memperluas fokus operasi kepada semua jenis kenderaan secara berperingkat. Di samping itu, aplikasi MyJPJ sedang dinaik taraf dengan ciri baharu untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Berhubung isu perlumbaan motosikal haram di Kuching, JPJ Sarawak bakal bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangani masalah ini dengan lebih berkesan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Misteri Di Batu 7, Penemuan Tengkorak Dan Rangka Manusia Di Jalan Miri-Bintulu
3 Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Solar Di Ranau
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Solar Di Ranau
Next Article Masih Tergendala, Kerajaan Sarawak Janji Selesaikan Isu Projek Borneo Samariang Resort City Segera

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?