• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Ragut Di Sego, Peragut ‘Badan Kecil’ Akhirnya Dihukum Penjara 6 Tahun Dan 4 Sebatan

Oleh
Ismail NA
6 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Akhirnya, peragut tular ini telah ditangkap.

Isu Ragut Di Sego, Peragut ‘Badan Kecil’ Akhirnya Dihukum Penjara 6 Tahun Dan 4 Sebatan. Individu yang meragut seorang wanita di Wisma Sego beberapa minggu yang lalu kini telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

Lelaki yang berusia lewat 20-an, dengan paras berbadan kecil itu berjaya dicekup pihak polis pada 26 Jun yang lalu.

Isu Ragut Di Sego, Peragut 'Badan Kecil' Akhirnya Dihukum Penjara 14 Tahun Dan Sebatan
Isu Ragut Di Sego, Peragut ‘Badan Kecil’ Akhirnya Dihukum Penjara 6 Tahun Dan 4 Sebatan. Sumber: The Borneo Post

6 tahun penjara dan 4 sebatan

Suspek yang bernama Aszerul Arsad, berusia 28 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan meragut dan cuba mencabul mangsa ragutnya di hadapan Wisma Sego, pada pagi subuh bulan lalu.

Aszerul didakwa di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen Kuching, Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff memerintahkan agar Aszerul disabitkan hukuman penjara 6 tahun dan sebatan sebanyak 4 kali. Hukuman tersebut bermula pada tarikh diberkas iaitu pada 26 Jun lalu.

Hasil siasatan penuh polis

Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa Aszerul sempat melihat mangsa memasukkan beg tangannya ke dalam bakul motorsikal dan kemudian mengekorinya sebelum melakukan rompakan kerana wanita tersebut dilihat bersendirian.

Isu Ragut Di Sego, Peragut 'Badan Kecil' Akhirnya Dihukum Penjara 14 Tahun Dan Sebatan
Foto kemalangan ihsan pembaca.

Walau bagaimanapun, mangsa sempat melihat Aszerul dengan jelas dan mengenalpasti pakaian, serta topi keledarnya. Menyedari dirinya tular di media sosial, Aszerul lantas membuang telefon pintar yang dicurinya ke dalam sungai.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Muhamad Ali manakala Aszerul tidak diwakili peguam.

Alhamdulillah.

Baca juga cerita penuh kes ragut ini yang pernah kami terbitkan bulan lalu:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pegawai JPJ Dituduh Malas Sudah Memohon Maaf, Berdamai Dengan Pengadu Pegawai JPJ Dituduh Malas Sudah Memohon Maaf, Berdamai Dengan Pengadu
Next Article ‘Balik La Kau Ke Negara Asal’, Pelayan Dari Sabah Ini Diganggu Orang Rasis Hanya Kerana Bertatu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?