• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu

Oleh
Ismail NA
3 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kejadian berlaku kira-kira 9 malam tadi.

Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu. Beberapa bulan yang lalu, umum mengetahui bahawa satu kejadian pencabulan seksual (sexual harassment) secara bersiri berlaku di kawasan perumahan di Kuching. Walau bagaimanapun, pelaku untuk kejadian tersebut telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Isi Isi Penting
  • Kejadian berlaku kira-kira 9 malam tadi.
  • Diekori dari Tupong sehingga ke perumahan lama
  • Suspek dikatakan seorang remaja lelaki, kurus, berkulit gelap dan memakai helmet Arc Ritz merah jambu
  • Ada lagi mangsa yang ‘terkena’ pada malam yang sama
  • Kes yang sama pernah berlaku sebelum ini di kawasan Semariang Batu Kuching dan telah dijatuhkan hukuman. Cerita lanjut di sini:

Namun demikian, jenayah ini tampaknya belum berakhir dan masih berlaku di Kuching.

Menerusi sebuah hantaran netizen di laman Facebook, seorang gadis telah diraba semasa dalam perjalanan ke perumahan lama dekat Tupong, Kuching.

Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu
Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu. Sumber: FB Yong L. Bella

Diekori dari Tupong sehingga ke perumahan lama

Yong L. Bella menceritakan bahawa pada asalnya, anak gadis beliau mengesyaki terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali mengekori dari arah belakang sewaktu di Tupong. Setelah melalui kawasan perumahan lama, gadis tersebut tiba-tiba diraba oleh lelaki berkenaan.

Akibat terkejut dengan tindakan jahat lelaki itu, gadis ini mengalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan bahagian dagunya koyak besar.

Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu
Sumber: FB Yong L. Bella
Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu
Sumber: FB Yong L. Bella
Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu
Sumber: FB Yong L. Bella

Walau bagaimanapun, ciri-ciri pelaku tersebut sempat dikenal pasti oleh gadis terbabit.

Suspek dikatakan seorang remaja lelaki, kurus, berkulit gelap dan memakai helmet Arc Ritz merah jambu

Menurut Yong, lelaki tersebut adalah seorang remaja lelaki berbadan kecil, kurus dan berkulit gelap. Pada waktu kejadian, pelaku dikatakan memakai baju ‘hoodie’ berwarna kelabu, seluar jersi, serta memakai helmet berjenama Arc Ritz merah jambu.

Kenderaan yang digunakan pula adalah motorsikal jenis Modenas Kriss model lama berwarna biru putih bernombor plat bermula QMF.

Ada lagi mangsa yang ‘terkena’ pada malam yang sama

Hantaran tersebut tular dan sehingga kini telah mendapat sebanyak 2,000 perkongsian. Susulan itu, seorang lagi mangsa turut menghubungi Yong dan menceritakan kejadian yang sama berlaku pada dirinya, pada malam yang sama!

Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu
Sumber: FB Yong L. Bella
Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu
Sumber: FB Yong L. Bella

Oleh yang demikian, Yong menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat sekiranya mengenal pasti pelaku dan memberi peringatan agar sentiasa berhati-hati kerana mungkin ada banyak lagi mangsa yang mengalami kejadian yang sama.

Kes yang sama pernah berlaku sebelum ini di kawasan Semariang Batu Kuching dan telah dijatuhkan hukuman. Cerita lanjut di sini:

SUMBER :FB Yong L. Bella
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laksa Sarawak Dan Mi Kolok Antara 5 Menu Bakal Disenaraikan Dalam Makanan Warisan Kebangsaan
Next Article Ibunya Dipandang Rendah Oleh Jurujual Dior, Wanita Ini Beli Beberapa Beg Sebagai Balasan Ibunya Dipandang Rendah Oleh Jurujual Dior, Wanita Ini Beli Beberapa Beg Sebagai Balasan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?