• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching, Jabatan Muzium Tepis Dakwaan Iklan Bersifat Diskriminasi

Oleh
Husna Hazmi
1 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Iklan tersebut tidak bersifat diskriminasi atau perkauman.

Isu Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching, Jabatan Muzium Tepis Dakwaan Iklan Bersifat Diskriminasi. Semalam terdapat isu di mana iklan pemohonan jawatan kerani yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengurusan Penyu mengenakan syarat aneh iaitu berpengetahuan ilmu agama Islam.

Netizen kemudiannya mempertikaikan syarat tersebut mengatakan ia agak aneh kerana jawatan yang diperlukan itu tidak mempunyai kaitan dengannya.

Isu Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching, Jabatan Muzium Tepis Dakwaan Iklan Bersifat Diskriminasi
Isu Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching, Jabatan Muzium Tepis Dakwaan Iklan Bersifat Diskriminasi

Iklan tersebut tidak bersifat diskriminasi

Pada hari ini Jabatan Muzium Sarawak telah menepis dakwaan yang menyatakan iklan tersebut bersifat diskriminasi.

Menurut Pengarahnya, Tajuddin Mokhtar ketika dihubungi The Borneo Post semalam, walaupun Lembaga Pengurusan Penyu tersebut lebih mengutamakan pemohon jawatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi) yang berpengetahuan dalam ilmu agama Islam, namun syarat tersebut adalah tidak wajib.

Beliau menjelaskan rasionalnya meletakkan syarat tersebut adalah berkaitan dengan beberapa elemen membabitkan Warisan Melayu dan adat istiadat.

Syarat tertentu itu tidak wajib, tetapi ia ada kaitan dengan Warisan Melayu dan upacara Islam,” kata beliau.

Isu Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching, Jabatan Muzium Tepis Dakwaan Iklan Bersifat Diskriminasi

Syarat tersebut adalah tidak bersifat perkauman

Syarat tersebut adalah tidak bersifat perkauman kerana sesuatu ketika dahulu, Muzium Sarawak mempunyai seorang Bidayuh yang memegang jawatan tersebut, tambah beliau.

Syarat lain yang diperlukan di dalam iklan tersebut adalah, pemohon untuk fasih berbahasa Inggeris, mempunyai kelayakan minimum SPM atau SPVM dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan, menetap di Kuching.

Beliau memberikan penjelasan sedemikian ketika diminta mengulas mengenai satu iklan yang dikeluarkan Lembaga Pengurusan Penyu di bawah jabatan berkaitan jawatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi) dan antara syaratnya adalah berpengetahuan ilmu agama Islam.

Baca di sini jika anda ingin mengetahui apa yang berlaku semalam:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gambar Kenderaan Indonesia Isi Minyak RON95 Tular Di Sarawak
Next Article Majikan Tersilap Bayar 286 Kali Ganda Gaji, Pekerja Letak Jawatan Dan Menghilangkan Diri Majikan Tersilap Bayar 286 Kali Ganda Gaji, Pekerja Letak Jawatan Dan Menghilangkan Diri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?