• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gambar Kenderaan Indonesia Isi Minyak RON95 Tular Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
1 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Petrol RON95 merupakan minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penduduk tempatan di Malaysia.

Gambar Kenderaan Indonesia Isi Minyak RON95 Tular Di Sarawak. Pagi hari ini, tular di Facebook sebuah gambar kenderaan dari negara luar mengisi petrol RON95 yang merupakan minyak petrol bersubsidi khas untuk rakyat tempatan.

Gambar daripada perkongsian Sarawak Roads Update tersebut telah tular dan mendapat perhatian daripada ramai netizen.

Gambar Kenderaan Indonesia Isi Minyak RON95 Tular Di Sarawak
Gambar Kenderaan Indonesia Isi Minyak RON95 Tular Di Sarawak

Kenderaan bernombor plat Indonesia

Di dalam perkongsian itu, kenderaan bernombor plat Indonesia tersebut dilihat mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak tempatan di negeri ini.

Berdasarkan notis dari stesen petrol yang telah dikongsikan sekali di dalam pautan tersebut, petrol RON95 adalah hanya untuk kenderaan Malaysia sahaja manakala RON97 adalah untuk semua kenderaan Malaysia dan juga luar negara.

Gambar Kenderaan Indonesia Isi Minyak RON95 Tular Di Sarawak

Kenderaan berpendaftaran asing termasuk motosikal

Satu lagi notis daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia pula menyatakan bahawa kenderaan berpendaftaran asing termasuk motosikal hanya dihadkan kepada 20 liter sahaja sehari dalam jarak 25 km daripada pintu sempadan Malaysia- Singapura manakala sempadan Malaysia- Thailand pula adalah berjarak 50 km.

Di ruangan komen pula, netizen berasa risau dengan perkara ini kerana jika ia berterusan, minyak bersubsidi khas untuk rakyat tempatan ini berkemungkinan akan berkurangan.

Diharap agar pihak berkuasa boleh memantau isu ini agar ia tidak berulang lagi di hari kemudian.

Lagi di sini berita Sarawak untuk anda:

SUMBER :Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pandelela Terus Cemerlang, Rangkul Pingat Lagi Bersama Dhabitah Di Budapest
Next Article Isu Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching, Jabatan Muzium Tepis Dakwaan Iklan Bersifat Diskriminasi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?