• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Tular Papan Harga Minyak Masak, Emart Bintulu Jelaskan Perkara Sebenar

Oleh
Ismail NA
24 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kenyataan rasmi daripada pihak pasaraya.

Isu Tular Papan Harga Minyak Masak, Emart Bintulu Jelaskan Perkara Sebenar. Semalam, tular sebuah hantaran netizen yang mendakwa bahawa dirinya dihalang membeli minyak masak paket kerana terdapat kekeliruan pada tanda harga yang dipaparkan di pasaraya berkenaan.

Namun, kejadian yang sebaliknya pula berlaku.

Isu Tular Papan Harga Minyak Masak, Emart Bintulu Jelaskan Perkara Sebenar
Isu Tular Papan Harga Minyak Masak, Emart Bintulu Jelaskan Perkara Sebenar. Gambar hiasan.

Menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi, pasaraya berkenaan telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Wanita berkenaan dikatakan telah membeli minyak masak paket dalam jumlah yang dihadkan sebanyak 2 kali dalam tempoh 10 minit

Menurut pihak pasaraya berkenaan, individu berkenaan telah membeli minyak masak paket dalam jumlah had yang ditetapkan sebanyak 2 kali dalam tempoh 10 minit. Perkara tersebut telah disemak oleh pihak pengurusan pasaraya menerusi rakaman litar tertutup (CCTV).

Susulan itu, pihak pasaraya menegaskan bahawa tindakan wanita terbabit tidak mematuhi polisi pengehadan seperti yang dipaparkan pada papan harga iaitu “3 minyak masak untuk satu pelanggan”.

Pihak pasaraya juga mengakui bahawa juruwangnya sememangnya menghalang pembelian terbabit kerana peka dengan tindakan wanita berkenaan yang melanggar polisi dan telah menerangkannya dengan sebaiknya kepada pelanggan berkenaan.

Sumber: FB Emart Bintulu

Dalam masa yang sama, pihak pasaraya ini juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada pelanggan yang prihatin dengan permasalahan berkenaan dan bertanya kepada mereka tentang perkara ini.

Di akhir kenyataan rasmi tersebut, pihak pasaraya turut menggesa orang ramai untuk menghentikan penyebaran berita ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Ini pautan cerita asal sekiranya anda terlepas kisah ini semalam:

SUMBER :FB Emart Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebesar Kertas Mahjung, Boarding Pass Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen
Next Article Kedai Kopi Lokal Untuk Anda Yang Suka Bersantai, Jom Ke The Coffee Factory Di Kuching Kedai Kopi Estetik Untuk Anda Bersantai, Jom Ke Kafe The Coffee Factory Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?