• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Papan Harga Mengelirukan, Wanita Di Bintulu Ini Terpaksa Tahan Malu Ditegah Beli Minyak Masak Paket

Oleh
Ismail NA
23 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Gara-gara satu perkataan sahaja.

Papan Harga Mengelirukan, Wanita Di Bintulu Ini Terpaksa Tahan Malu Ditegah Beli Minyak Masak Paket. ***Kemaskini: Pihak pasaraya telah menjelaskan perkara sebenar menerusi kenyataan rasmi yang boleh dibaca di pautan ini. Manakala, hantaran asal di Facebook telah diturunkan. Artikel ini adalah sebagai konteks isu tular yang berlaku.

Isi Isi Penting
  • Gara-gara satu perkataan sahaja.
  • Rupanya 3 bungkus untuk sekeluarga, bukan seorang
  • Pasaraya perlu lebih peka dan teliti papar info untuk elak salah faham
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Contohnya seperti yang berlaku pada bulan puasa yang lalu:

Apabila membeli barang keperluan harian di pasaraya, melihat stok barangan yang sudah lama kita nantikan pastinya membuatkan hati berbunga-bunga. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang agak tidak menentu, semua orang ingin berjimat dan terus beli untuk stok di rumah untuk keperluan jangka panjang.

Walau bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang wanita ini. Menerusi hantaran yang dimuat naiknya di laman Facebook, beliau terpaksa menahan malu di hadapan orang ramai kerana ditegah membeli minyak masak paket oleh juruwang.

Papan Harga Mengelirukan, Wanita Di Bintulu Ini Terpaksa Tahan Malu Ditegah Beli Minyak Masak Paket
Papan Harga Mengelirukan, Wanita Di Bintulu Ini Terpaksa Tahan Malu Ditegah Beli Minyak Masak Paket. Minyak masak paket. Gambar hiasan.

Alasannya? Anak wanita ini sudah pun membeli minyak masak paket dalam jumlah yang dihadkan.

Jelas wanita yang dikenali dengan nama Facebook EL Antu Cheez ini, beliau yang sudah sekian lama tidak pergi sendiri ke pasaraya berpeluang untuk berbuat demikian pada malam semalam. Setibanya di pasaraya berkenaan, wanita ini nyata teruja melihat stok minyak masak paket yang menanti untuk dibeli.

Tidak berlengah, beliau mengambil tiga paket minyak masak paket. Anak perempuannya turut mengambil minyak masak paket dalam jumlah yang sama memandangkan papan harga yang terpampang mengehadkan pembelian minyak masak 3 bungkus untuk seorang.

Kalau ikutkan info pada papan harga, tak ada masalah pun sebenarnya.

Papan Harga Mengelirukan, Wanita Di Bintulu Ini Terpaksa Tahan Malu Ditegah Beli Minyak Masak Paket
Sumber: FB EL Antu Cheez

Namun, kejadian memalukan kemudiannya berlaku sewaktu wanita ini ingin membuat pembayaran di kaunter. Beliau tidak semena-mena ditegur oleh juruwang yang bertugas. Juruwang tersebut menghalangnya membeli minyak masak kerana mendakwa bahawa anaknya sudah membeli minyak masak di kaunter hadapan.

Walau bagaimanapun, wanita ini cuba mempertahankan tindakannya kerana beliau membeli mengikut info yang dipaparkan pada papan harga iaitu terhad 3 bungkus minyak masak untuk seorang.

Rupanya 3 bungkus untuk sekeluarga, bukan seorang

Rupa-rupanya, juruwang tersebut menerangkan bahawa pembelian minyak masak itu sebenarnya dihadkan 3 bungkus untuk satu keluarga, dan bukannya untuk seorang. Huhu.

Papan Harga Mengelirukan, Wanita Di Bintulu Ini Terpaksa Tahan Malu Ditegah Beli Minyak Masak Paket
Sumber foto: FB EL Antu Cheez

Meskipun juruwang tersebut menegur EL dengan cara yang lembut, namun wanita tetap merasa malu kerana kejadian tersebut disaksikan oleh ramai orang beratur menunggu giliran untuk membuat pembayaran.

Pasaraya perlu lebih peka dan teliti papar info untuk elak salah faham

Ujar EL lagi, beliau tidak menyalahkan juruwang tersebut namun pihak pasaraya seharusnya lebih peka dengan info yang ingin dipaparkan pada papan harga. Perkara sebegini boleh menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan pengguna, tambahnya.

Gara-gara satu kesilapan kecil, pasaraya ini kehilangan seorang pelanggan. Hmm, rugi juga tu kan? Harap-harap pasaraya terbabit boleh memperbaiki perkhidmatannya selepas ini.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Contohnya seperti yang berlaku pada bulan puasa yang lalu:

SUMBER :FB EL Antu Cheez
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Terhibur Warga Asing Ini Boleh 'Relate' Kalau Jumpa Kereta Kancil Masuk Parkir Netizen Terhibur Warga Asing Ini Boleh ‘Relate’ Kalau Jumpa Kereta Kancil Masuk Parkir
Next Article Bunyi Bising Motosikal Ganggu Ketenteraman, Penduduk Rayu Pihak Berkuasa Buat Rondaan Di Batu Kawa Bunyi Bising Motosikal Ganggu Ketenteraman, Penduduk Rayu Pihak Berkuasa Buat Rondaan Di Batu Kawa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?