• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Wanita Terlepas Masuk Ke Wad Dan Mengamuk Di Miri, Ini Penjelasan Daripada Pihak Hospital

Oleh
Ismail NA
3 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Insiden tersebut telah selesai dengan bantuan pihak polis.

Isu Wanita Terlepas Masuk Ke Wad Dan Mengamuk Di Miri, Ini Penjelasan Daripada Pihak Hospital. Belum sampai 24 jam sejak insiden tular seorang wanita memasuki wad Hospital Miri dan mengamuk, pihak pengurusan Hospital Miri tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.

Isi Isi Penting
  • Insiden tersebut telah selesai dengan bantuan pihak polis.
  • Insiden yang melibatkan wanita tersebut adalah insiden yang berpunca daripada keengganan wanita tersebut memberi kerjasama dan mematuhi polisi hospital.
  • Kerisauan melampau sehingga mengalami tekanan emosi yang tinggi.
  • Jika anda ketinggalan, baca artikel ini :

Sedia maklum bahawa Hospital Miri kini mengetatkan prosedur dan penjagaan dan lawatan ke wad kebelakangan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan komuniti dan kakitangan hospital. Perkara tersebut telah menyukarkan juga komunikasi antara pesakit dan ahli keluarga.

Insiden yang melibatkan wanita tersebut adalah insiden yang berpunca daripada keengganan wanita tersebut memberi kerjasama dan mematuhi polisi hospital.

Oleh yang demikian, rakaman video telah diambil oleh kakitangan hospital berkenaan sebagai bukti untuk diserahkan kepada ketua jabatan dan kakitangan yang lain bagi mendapatkan bantuan. Kaedah tersebut juga digunakan kerana pemakaian PPE menyukarkan petugas untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang luar secara normal.

Kerisauan melampau sehingga mengalami tekanan emosi yang tinggi.

Dalam kenyataan yang sama, pihak Hospital Miri juga telah memaklumkan bahawa insiden tersebut telah selesai dengan bantuan pihak polis. Setelah diberi sesi kaunseling, wanita tersebut mengakui kerisauan terhadap keadaan pesakit sehingga mengalami tekanan emosi yang tinggi.

Pihak hospital turut menafikan bahawa kejadian tersebut berlaku di wad pesakit COVID-19. Penyebaran video yang tular di media sosial juga diminta untuk dihentikan bagi melindungi kepentingan pesakit dan ahli keluarga.

Isu Wanita Terlepas Masuk Ke Wad Dan Mengamuk Di Miri, Ini Penjelasan Daripada Pihak Hospital
Isu Wanita Terlepas Masuk Ke Wad Dan Mengamuk Di Miri, Ini Penjelasan Daripada Pihak Hospital

Jika anda ketinggalan, baca artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu
Next Article Pekerja Kilang Maut Cedera Parah Akibat Tersepit Mesin Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?