• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu

Oleh
Husna Hazmi
3 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19, 1 di Kuching, 1 di Miri dan 1 lagi di Sibu.

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, hari ini terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Kuching (1), Miri (1) dan Sibu (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 42 kes.

Isi Isi Penting
  • Kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19, 1 di Kuching, 1 di Miri dan 1 lagi di Sibu.
  • Kes kematian ke-40 melibatkan seorang lelaki warga tempatan
  • Kes kematian ke-41 melibatkan seorang perempuan warga tempatan
  • Kes kematian ke-42 melibatkan seorang perempuan warga tempatan
  • Daerah Beluru telah kembali ke status Jingga

Manakala terdapat 148 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (48), Bintulu (15), Dalat (15), Beluru (14), Miri (12), Kapit (8), Kanowit (8), Sebauh (7), Song (7), Sri Aman (5), Bau (3), Kuching (1), Lundu (1), Tatau (1), Subis (1), Selangau (1) dan Sarikei (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 4,824 kes.

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu
TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu

Kes kematian ke-40 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian ke-40 merupakan kes ke-2,282 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 40 tahun yang telah mendapat saringan ujian rT-PCR di klinik kesihatan pada 17 Januari 2021 disebabkan mengalami gejala sakit tekak dan kehilangan deria rasa.

Kes didapati positif dan mengalami ketidakselesaan pada dada dan sesak nafas. Pada 01 Februari 2021, kes didapati tidak sedar diri dan disahkan meninggal dunia. Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung dengan sejarah kemasukan ke hospital pada tahun 2020, darah tinggi dan dislipidemia.

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu

Kes kematian ke-41 melibatkan seorang perempuan warga tempatan

Kes kematian ke-41 merupakan kes ke-3,770 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah dimasukan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakit kanser sel darah putih.

Kes mengalami gejala demam dan peningkatan kadar pernafasan beberapa hari selepas rawatan berkenaan.

Saringan ujian rT-PCR yang dijalankan adalah positif COVID-19. Keadaan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 2 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit Hepatitis B.

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu

Kes kematian ke-42 melibatkan seorang perempuan warga tempatan

Kes kematian ke-42 merupakan kes ke-2,584 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang berumur 74 telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu apabila saringan bagi kontak rapat dengan kaedah ujian rT-PCR adalah positif.

Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Februari 2021. Kes terlantar sejak 10 tahun dahulu dan mempunyai ko-morbid penyakit cerebrovascular dan dementia.

Takziah diucapkan kepada ahli anggota mangsa.

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu

Daerah Beluru telah kembali ke status Jingga

Hari ini, Daerah Beluru telah kembali ke status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan sejumlah 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Daerah Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,893 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 102 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Matu, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 151 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala sembilan (9) daerah yang lain masih kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video Seorang Pelawat Masuk Wad COVID-19 Di Miri Disebar, Enggan Beri Kerjasama Untuk Keluar Video Seorang Pelawat Masuk Wad COVID-19 Di Miri Disebar, Enggan Beri Kerjasama Untuk Keluar
Next Article Isu Wanita Terlepas Masuk Ke Wad Dan Mengamuk Di Miri, Ini Penjelasan Daripada Pihak Hospital

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?