• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jabatan Keretapi Sabah Tubuh Lembaga Siasat Tragedi Maut Di Kampung Petagas

Oleh
Nazihah AN
20 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Jabatan Keretapi Sabah Tubuh Lembaga Siasat Tragedi Maut Di Kampung Petagas

Kisah Tragis Di Sebalik Kemalangan Kereta Api di Putatan

Jabatan Keretapi Sabah akan menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menyiasat secara mendalam punca insiden kemalangan tragis yang berlaku berhampiran Kampung Petagas, Putatan, semalam. Kejadian tersebut telah meragut nyawa seorang wanita berusia 41 tahun dan menyebabkan anak lelakinya yang berumur 11 tahun cedera parah.

Menurut Pengarah Jabatan Keretapi Sabah, Mohammad Safri Abdul Habi, langkah segera telah diambil untuk membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. “Kami akan mengaktifkan Lembaga Siasatan bagi menjalankan siasatan dalaman ke atas operasi kami. Pada masa yang sama, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan mereka,” katanya hari ini.

Jabatan Keretapi Sabah Tubuh Lembaga Siasat Tragedi Maut Di Kampung Petagas

Polis nasihati orang awam berhenti guna ‘laluan tikus’ lintas landasan kereta api

Beliau turut menyentuh tentang isu keselamatan pejalan kaki di kawasan itu, dengan menjelaskan bahawa langkah-langkah keselamatan telah pun dilaksanakan dan penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

“Kami telah memasang pintu keselamatan di kawasan tersebut, namun tindakan susulan akan dibincangkan. Satu mesyuarat penyelarasan dengan jabatan lain seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) akan diadakan untuk mencari penyelesaian bagi meningkatkan keselamatan pejalan kaki di kawasan ini,” tambahnya.

Langkah ini bertujuan untuk mencegah kejadian serupa di masa hadapan serta memastikan keselamatan pejalan kaki dan penumpang kereta api.

Dalam insiden semalam, mangsa, Lena Gabin, bersama anak lelakinya sedang melintas landasan kereta api ketika mereka dirempuh oleh kereta api yang dalam perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu sekitar jam 2 petang.

Lena meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak lelakinya mengalami kecederaan parah termasuk kehilangan sebelah kaki serta luka di tangan dan kepala.

Saksi kejadian menyatakan bahawa Lena cuba menyelamatkan anaknya dengan menolaknya menjauh sebelum mereka dirempuh. Difahamkan, mangsa baru sahaja mengambil anaknya dari sekolah dan sedang berjalan pulang ke Kampung Muhibbah dengan melintas landasan kereta api.

Mayat Lena telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat, manakala anak lelakinya kini dirawat di hospital yang sama.

Pihak polis menyeru saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton, memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa dirempuh kereta api ketika melintas landasan dan mayatnya terseret sejauh 50 meter.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video insiden tersebut di media sosial sebagai menghormati keluarga mangsa. Selain itu, Sammy menasihati orang ramai supaya mengelakkan penggunaan laluan tidak rasmi untuk melintas landasan kereta api bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Ibu Maut, Anak Parah Digilis Kereta Api Ketika Melintas Di Kampung Petagas Sabah
Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024 Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024
Next Article Tanpa Mengira Pendapatan Ibu Bapa, Semua Pelajar IPT Sarawak Layak Terima RM1.2K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?