I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024

Oleh Nazihah AN
20 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024

Penutupan Jalan Sementara Bermula 21 November

Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024. Sarawak Metro telah mengumumkan penutupan sementara sebahagian jalan di Bulatan Rembus, Kota Samarahan bermula 21 November 2024 hingga 21 Januari 2025.

Penutupan ini adalah sebahagian daripada projek pembangunan sistem pengangkutan bandar Kuching (KUTS) Fasa 1, khususnya bagi Laluan Biru (Blue Line). Tujuan utama kerja ini adalah untuk penggantian pembentung dan pembinaan laluan ART (Autonomous Rail Transit).

Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024

90 Hari Penutupan Jalan di Samarahan untuk Pembinaan Laluan ART

Penutupan ini akan berlangsung selama 90 hari, dengan kerja-kerja dilakukan 24 jam sehari, bermula dari pukul 8:00 pagi hingga 8:00 pagi keesokan harinya. Kawasan yang terlibat adalah di sekitar Bulatan Rembus, Samarahan, dari CH. 1+000 ke CH. 1+200.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati semasa memandu di kawasan ini. Langkah berjaga-jaga termasuk mematuhi papan tanda amaran dan panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Bagi mengurangkan kesulitan, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mengambil laluan alternatif sekiranya perlu. Patuhi arahan trafik yang dikeluarkan bagi memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar. Pihak Sarawak Metro juga menyatakan bahawa sebarang perubahan terhadap jadual penutupan ini akan dimaklumkan lebih awal kepada orang awam.

Projek pembinaan laluan ART ini adalah sebahagian daripada usaha Sarawak untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuching dan Kota Samarahan. Laluan ART bukan sahaja akan mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga menyediakan alternatif pengangkutan yang moden dan mesra alam.

Sebarang pertanyaan atau aduan berhubung penutupan jalan ini boleh diajukan melalui emel ke [email protected] atau ke laman web rasmi di mysarawakmetro.com. Sarawak Metro turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dialami oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh ini dan menghargai kesabaran semua pihak.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Kastam Labuan Rampas 15 Kenderaan Mewah Bernilai RM2.8 Juta
Jarak Usia 33 Tahun, Pasangan Bahagia Dari Sabah Ini Tular Di Media Sosial
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MyKad Lama Bakal Digantikan, Ketahui Ciri-Ciri Kad Pengenalan Baharu
Next Article Jabatan Keretapi Sabah Tubuh Lembaga Siasat Tragedi Maut Di Kampung Petagas Jabatan Keretapi Sabah Tubuh Lembaga Siasat Tragedi Maut Di Kampung Petagas

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?