• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jadi Kapten Polo Termuda Di Dunia, Remaja Dari Sabah Ini Lakar Sejarah

Oleh
ILB - AI
23 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Isabelle hanya berumur 13 tahun tetapi telah mengharum nama negara dalam sukan polo.

Jadi Kapten Polo Termuda Di Dunia, Remaja Dari Sabah Ini Lakar Sejarah . Isabelle Lonjuing Sayeed cucu kepada Datuk Sri Panglima Dr Hj Ghulam M. Sayeed telah mengharumkan nama negara apabila menerima lesen pelatih profesional dan Stable Agent pada 26 November 2020 sekali gus mencipta rekod sebagai kapten polo termuda di Asia Tenggara dan dunia menerusi catatan Sabah Polo Association .

Isabelle merupakan kapten pasukan polo wanita pertama di Sabah, El Viento Polo Team dan mempunyai empat anak murid.Beliau berusaha untuk mengetengahkan sukan lumba kuda di tanah kelahirannya dengan memperkenalkan sukan terbabit kepada generasi muda atau peminat kuda.

Hasil gigih menunggang kuda selama ini membuahkan hasil selepas mendapat pengiktirafan anatarabangsa itu

“Lesen ini membuktikan usaha keras saya berbaloi dan berharap pada masa akan datang, saya berjaya membawa pasukan kami mengetengahkan bidang menunggang kuda sama ada untuk acara sukan atau sebaliknya,”

Jadi Kapten Polo Termuda Di Dunia, Remaja Dari Sabah Ini Lakar Sejarah
Isabelle Lonjuing Sayeed. Gambar Ihsan Daripada Borneo Daily Bulletin.

Perancangan Isabelle dalam Bidang Sukan Polo

Isabelle dijadualkan meneruskan latihan lumba kuda di Amerika Syarikat (AS) pada Julai sehingga Ogos tahun ini. Menurutnya, dia kini mempunyai 10 ekor kuda di Tuaran, Kota Belud dan Beringgis, Papar

Selepas pulang ke Sabah daripada Amerika Syarikat (AS), beliau akan meneruskan latihan dengan anak murid sebelum berangkat ke Argentina pada tahun 2023 untuk menjalani latihan peringkat lebih tinggi selama setahun.

“Sebaik kembali ke tanah air, saya akan mengurus International Standard Polo And Equestrian Club di Papar, Sabah,” katanya.

Selain menjadikan ayahnya, Adil Sayeed yang juga pemain Polo Club sebagai mentor, Isabelle turut menjadikan Tokoh Sukan, Grand Master Sensei David Wang sebagai mentor dan sentiasa mengambil peluang berlatih di bawah bimbingannya.

Baca juga artikel :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online
Next Article TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Pada Hari Ini, 3 Kluster Diisytiharkan Tamat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?