• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online

Oleh
Ismail NA
23 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Ingatkan tak boleh buat online, rupanya boleh!

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online. Sejak musim PKP, banyak urusan penting terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. Ini termasuklah urusan memperbaharui lesen memandu. Jika sebelum ini anda perlu pergi ke kaunter JPJ ataupun pejabat pos untuk memperbaharui lesen, tetapi sekarang tidak lagi!

Isi Isi Penting
  • Ingatkan tak boleh buat online, rupanya boleh!
  • 1. Log masuk ke portal myEG
  • 2. Pilih logo Jabatan Pengangkutan Jalan
  • 3. Pilih butang “Driving License Renewal (CDL) – Perbaharui Lesen Memandu (CDL)“
  • 4. Tekan butang ‘Proceed’
  • 5. Isi maklumat yang diperlukan
  • 6. Semak semula maklumat anda sebelum buat pembayaran
  • 7. Terima slip verifikasi dan tunggu panggilan dari pihak penghantar
  • Baca juga panduan lain yang kami telah terbitkan sebelum ini :

Tahukah anda terdapat cara yang lebih mudah dan pantas untuk anda mendapatkan lesen memandu baharu? Caranya adalah dengan memperbaharuinya secara dalam talian. Percaya atau tidak, ianya sangat ringkas dan mudah.

Perkara ini sebenarnya telah pun diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada Oktober tahun lepas. Urusan pembaharuan untuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilakukan menerusi portal myEG.

Jom kita lihat bagaimana cara untuk perbaharui lesen ini menggunakan portal myEG.

1. Log masuk ke portal myEG

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan log masuk ke portal myEG sekiranya anda mempunyai akaun. Jika anda belum mempunyai akaun, anda boleh daftar di pautan ini.

2. Pilih logo Jabatan Pengangkutan Jalan

Kemudian, setelah anda berjaya log masuk, tekan pada logo JPJ. Dalam sistem myEG, anda juga boleh membuat pelbagai urusan penting yang lain kerana di sini terdapat 10 lagi pilihan lain-lain jabatan dan agensi.

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online
Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online

3. Pilih butang “Driving License Renewal (CDL) – Perbaharui Lesen Memandu (CDL)“

Melalui portal ini, anda bukan sahaja dapat memperbaharui lesen memandu kereta tetapi juga pelbagai jenis lagi lesen memandu termasuklah motorsikal dan kenderaan berat. Paling best, anda juga boleh memperbaharui insuran kereta dan motorsikal, memohon LDL, perbaharui cukai jalan (roadtax) serta menyemak dan membayar saman JPJ.

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online

4. Tekan butang ‘Proceed’

Setelah anda menekan butang CDL, anda akan dapati satu halaman yang menyatakan syarat permohonan CDL. Seperkara tentang permohonan ini adalah anda tidak perlu memuat naik sebarang gambar kerana gambar yang akan digunakan pada lesen baharu anda nanti adalah sama dengan gambar yang ada pada kad pengenalan anda. Tinggal tekan ‘proceed’ sahaja!

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online

5. Isi maklumat yang diperlukan

Untuk melengkapkan permohonan, anda perlulah mengisi semua maklumat yang diperlukan termasuklah kategori, tempoh pembaharuan, kaedah pengambilan (tiada pilihan lain selain penghantaran), nama serta alamat untuk tujuan pengeposan lesen. Untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak, anda akan menerima lesen anda dalam masa 5 hari bekerja dengan kadar caj penghantaran RM 10.00.

Anda juga boleh memilih sama ada untuk memperbaharui lesen anda selama 1 tahun, atau 2 tahun dan seterusnya sehingga 5 tahun. Untuk lesen kenderaan bermotor seperti kereta, pembaharuan untuk tempoh setahun akan dikenakan cas sebanyak RM 30.00. Kalau 5 tahun, darabkan saja dengan RM 30.00. Mudah saja.

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online

6. Semak semula maklumat anda sebelum buat pembayaran

Semak semula semua maklumat sebelum anda membuat pembayaran. Jika terdapat kesilapan pada cetakan lesen anda nanti, anda tidak boleh membuat pembetulan melalui dalam talian tetapi sebaliknya perlu pergi ke kaunter JPJ yang berhampiran. Kalau dah okay semuanya, bayar.

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online

7. Terima slip verifikasi dan tunggu panggilan dari pihak penghantar

Tadaa! Selesai. Selepas anda menerima slip anda, anda hanya perlu tunggu pihak penghantar untuk menelefon anda untuk tujuan penghantaran.

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online

Beginilah rupa bungkusan yang mengandungi lesen memandu anda yang telah diperbaharui. Mudah sangat kan?

Ini Panduan Ringkas Perbaharui Lesen Memandu Secara Online
Sumber : Twitter @byniaaaaaa

Dah tak perlulah nak pening-pening cari masa lapang untuk pergi ke kaunter lepas ni kan? Selamat memperbaharui lesen.

Baca juga panduan lain yang kami telah terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahukah Anda Wira Di Sebalik Ciptaan Pelitup Muka N95 Merupakan Warga Malaysia
Next Article Jadi Kapten Polo Termuda Di Dunia, Remaja Dari Sabah Ini Lakar Sejarah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?