• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Jadi Mangsa Dera Ibu Kandung Dan ‘Bapa’ Pengkid, Jiran Dedah Dengar Jeritan Sejak 2 Minggu Lepas

Oleh
ILB - AI
14 Ogos 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Jadi Mangsa Dera Ibu Kandung Dan 'Bapa' Pengkid, Jiran Dedah Dengar Jeritan Sejak 2 Minggu Lepas

Tergamak ibu kandung seksa anak sendiri

Jadi Mangsa Dera Ibu Kandung Dan ‘Bapa’ Pengkid, Jiran Dedah Dengar Jeritan Sejak 2 Minggu Lepas. Beberapa jiran kepada kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang disyaki menjadi mangsa dera di Bandar Layang Kasa, mendakwa lebih kerap mendengar tangisan dan raungan “Iman” dipercayai akibat dimarah dan dipukul, sejak dua minggu kebelakangan ini.

Seorang jiran, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, berkata jiran sekeliling mula mendengar kedua wanita tersebut memarahi kanak-kanak yang dipanggil Iman itu pada 30 Jun lalu selepas mangsa dipercayai “terlepas” keluar bermain di luar kawasan rumah yang didiami mangsa.

Jadi Mangsa Dera Ibu Kandung Dan ‘Bapa’ Pengkid, Jiran Dedah Dengar Jeritan Sejak 2 Minggu Lepas. Kredit: Bernama

Mereka kerap terdengar suara jeritan dan tangisan mangsa dipercayai akibat dipukul, sejak ibu mangsa dan rakannya menyewa di situ sejak April tahun ini.

Menurutnya, pergaulan Iman dengan kanak-kanak lain termasuk anaknya juga agak terbatas dengan kanak-kanak berkenaan hanya bermain di dalam kawasan rumahnya dan sering ditinggalkan berseorangan di rumah ketika dua wanita itu dipercayai pergi bekerja di Singapura.

“Pada awalnya, kami semua menganggap perkara biasa anak dimarahi ibu bapa namun apabila semakin kerap mendengar Iman meraung terlalu kuat hampir saban hari sehingga boleh dengar dari rumah kami, kami rasa kami perlu bertindak sehingga persatuan jiran di sini bersepakat untuk melakukan sesuatu.

“Saya yang duduk di depan rumah mangsa memang kerap dengar suara mangsa dimarahi dan dipukul oleh wanita yang berperwatakan seperti lelaki itu yang pada awalnya saya sangkakan suami kepada ibu mangsa,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Susulan daripada itu, dia berkata persatuan penduduk mengambil tindakan untuk bersemuka dengan “pasangan” tersebut.

Seorang lagi jiran, Firdaus B. Abu Hassan, 30, berkata ketika penduduk menyerbu rumah tersebut, kedua-dua mereka telah menafikan melakukan penderaan ke atas mangsa, turut meninggikan suara serta menegaskan tindakan mereka adalah untuk mendidik anak tersebut.

“Bagaimanapun setelah ditanya dan disoal ramai jiran, yang mendapati banyak kesan lebam, calar dan seolah-olah melecur pada anggota badan mangsa, seorang daripada mereka terus meminta maaf.

“Kami tidak bertindak melulu dan telah menghubungi pihak polis kerana kami mengesyaki Iman menjadi mangsa dera. Kami tidak sangka perkara ini boleh terjadi di kawasan kami tetapi kami bersyukur Iman dapat diselamatkan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya, warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak itu.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.

Baca lagi artikel menarik:

Badan Berlubang, Anak 7 Tahun Jadi Mangsa Dera Ibu Dan Housemate Pengkid
Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang 5 Lelaki Buat Bising Uji Sistem Audio Kereta, Anak Beranak Mengamuk Bawa Pisau Pemotong Daging
Next Article ‘Swap Paling Berbaloi’, Individu Tukar Proton Wira Dengan iPhone 14 Pro Max

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?