• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Jadi Pilihan Penduduk Tempatan, Anda Perlu Cuba Rojak Kucei Legend Di Batu Lintang Ini

Oleh
Husna Hazmi
22 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Rojak Kucei terbaik di Kuching!

Jadi Pilihan Penduduk Tempatan, Anda Perlu Cuba Rojak Kucei Legend Di Batu Lintang Ini. Tidak hairanlah Bandaraya Kucing ini dianugerahkan sebagai Bandaraya Gastronomi di Malaysia, mana tidaknya di sini ada banyak pilihan makanan yang unik dan menyelerakan untuk anda terokai.

Bukan sahaja terkenal dengan menu mi kolok, laksa Sarawak, mi belacan, dan ayam pansuh tetapi ada banyak lagi jenis makanan yang enak dan unik di sini yang anda perlu cuba.

Jadi Pilihan Penduduk Tempatan, Anda Perlu Cuba Rojak Kucei Legend Di Batu Lintang Ini
Jadi Pilihan Penduduk Tempatan, Anda Perlu Cuba Rojak Kucei Legend Di Batu Lintang Ini. Kredit gambar: Doreen Ngiam

Port makan legend di Kuching

Kali ini kami ingin memperkenalkan anda dengan satu lagi port makan legend di Kuching yang menjadi pilihan ramai penduduk tempatan di sini iaitu Rojak Kucei Batu Lintang.

Untuk penngetahuan, rojak Kucei ini sejenis rojak unik yang anda boleh dapati di Kuching, Sarawak. Rojak Kucei Batu Lintang ini merupakan perniagaan keluarga dan kini sudah diturunkan kepada generasi yang ketiga.

Jadi Pilihan Penduduk Tempatan, Anda Perlu Cuba Rojak Kucei Legend Di Batu Lintang Ini
Kredit gambar: Bunda Tengku Amira Haryati

Rojak kucei di sini memang sedap

Rojak Kucei yang disediakan di sini mempunyai rasa yang unik, semestinya enak dan portionnya pula memang berbaloi dengan yang ditawarkan. Dengan kuah lazat resepi original, rojak kucei ini digandingkan lagi dengan ayam goreng, cucur sayur, tauhu goreng, hirisan timun dan beberapa lagi isi menarik yang lain.

Jika anda ingin mencuba keenakan rojak kucei ini, anda boleh singgah di Rojak Kucei Batu Lintang yang beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu. Pastikan anda datang awal pada jam 8 pagi kalau taknak berbaris panjang dan selamat menjamu selera!

Lokasi: Batu Lintang Food Court, 93200 Kuching.

Lagi port makan menarik yang anda boleh cuba:

Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!
Terbaik Di Kuching, Nasi Lemak Ganja Ini Pasti Akan Buat Anda Ketagih
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diserang Buaya Ketika Memancing, Suami Sempat Selamatkan Nyawa Isteri
Next Article Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Seorang Guru Di Kuching Dipenjara 90 Tahun Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Seorang Guru Di Kuching Dipenjara 90 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?