• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!

Oleh
Nazihah AN
24 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Rasa Asli Dan Padu, Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang

Siapa di sini minat dengan pasembur?

Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang! Kalau sebut je pasembur ni kan, memang sering dikaitkan sebagai menu yang wajib anda cuba di Penang. Tetapi tahukah anda bahawa anda boleh dapatkan pasembur yang sedap di Samarahan sahaja?

Isi Isi Penting
  • Siapa di sini minat dengan pasembur?
  • Macam mana rasa pasembur Mamu tu?
  • Anda boleh dapatkan pasembur yang autentik di Kedai Mamu
  • Lagi tempat makan yang menarik di Samarahan, jom baca pautan di bawah:

Bagi yang duduk di Samarahan terutama sekali di Desa Ilmu, anda mesti tahu kat mana nak dapatkan pasembur yang sedap ni kan? Bagi yang belum pernah cuba atau ‘pekena’ pasembur tu, ini adalah gerai pasembur yang recommend kepada anda.

Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!
Kredit gambar: FB Mamu Corner

Macam mana rasa pasembur Mamu tu?

Pasembur adalah makanan ikonik yang terkenal dan berasal dari Pulau Pinang. Pasembur atau pasemboq dalam loghat Penang adalah makanan ala-ala cucur campuran yang dilimpahi dengan kuah keledek yang pekat.

Kalau nak tahu, pasembur juga disebut sebagai rojak campur atau rojak mamak kerana cucurnya anda boleh pilih pelbagai jenis makanan. Haa contohnya, seperti aneka jenis fishball, isi ketam, sosej, kentang, fishcake dan banyak lagi!

Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!
Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang! Kredit gambar: FB Mamu Corner
Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!
Kredit gambar: FB VaporGator Samarahan
Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!
Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang! Kredit gambar: FB VaporGator Samarahan
Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!
Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang! Kredit gambar: FB VaporGator Samarahan

Anda boleh dapatkan pasembur yang autentik di Kedai Mamu

Semua bahan tersebut dipotong dadu dan kuah pekat tersebut dituang ke atas pasembur pilihan anda.

Apa yang menariknya pasembur di kedai Mamu ni, kuah nya yang pekat ni memang sedap! Memang rasa yang authentic lah! Anda takkan jumpa pasembur yang authentic ni di mana-mana tempat di Sarawak.

Selain pasembur, kedai ini juga menyajikan cendol pulut dan laksa penang yang menyegarkan! Memang puas!

Mamu Pasembur

Lokasi: Ground Floor, SL 52 & 53 PH15, Jln Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak atau Lorong 12, Desa Ilmu Samarahan
Waktu beroperasi: Setiap hari (12.30 petang- 6.30 petang) kecuali hari Jumaat di Uptown Desa Ilmu
No telefon: 013- 710 2374

Lagi tempat makan yang menarik di Samarahan, jom baca pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Saksikan Pementasan Teater ‘Aum Romude’ Di Balai Budaya DBP Kuching
Next Article Atlet SUKMA Prospek Pingat Sarawak Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun Atlet SUKMA Prospek Pingat Sarawak Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?