• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jadi “Task” Rancangan Realiti British, Rupanya Kek Lapis Sarawak Dikenali Dunia!

Oleh
Ismail NA
11 Oktober 2019
Kongsi
4 Min Bacaan
Jadi "Task" Rancangan Realiti British, Rupanya Kek Lapis Sarawak Dikenali Dunia!

Kek Lapis Sarawak featured dalam The Great British Bake Off.

Kek Lapis Sarawak sememangnya menjadi ikon atau trademark pelancongan negeri Sarawak. Kini, terdapat pelbagai versi atau nama yang diberikan bagi setiap ciptaan baharu kek lapis Sarawak. Kek Lapis Ombak Rindu, Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis India, dan macam-macam lagi lah. Namun, apa yang menarik perhatian ialah Kek Lapis Sarawak telah dijadikan sebagai satu “task” atau cabaran untuk peserta rancangan realiti memasak British. Sik sangka juak orang putih boleh terfikir mok pilih Kek Lapis Sarawak.

Baca juga : Wanita Ini Ajar Buat Kek Lapis Sarawak Jarak Jauh, Hasilnya Sangat WOW!

Rancangan realiti The Great British Bake Off episod 7 tersebut mengemukakan Kek Lapis Sarawak sebagai cabaran untuk para peserta dalam segmen Showstoppers. Showstoppers merupakan sebuah segmen yang memerlukan para peserta untuk menghasilkan kek atau pastri profesional yang bukan sahaja cantik dipandang tetapi juga enak untuk dimakan.

The luscious Sarawak style layered cakes of Festival Week. #GBBO pic.twitter.com/kMGvz7bXUE

— British Bake Off (@BritishBakeOff) October 8, 2019

Penghasilan Kek Lapis Sarawak Diakui Sebagai “One Of The Most Difficult” oleh juri terkenal British.

Juri rancangan realiti tersebut, Paul Hollywood yang juga merupakan chef selebriti dan pengacara TV terkenal British turut mengakui bahawa penghasilan Kek Lapis Sarawak merupakan penghasilan kek yang paling susah sepanjang penggambaran rancangan realiti tersebut. Nang bena bang.

Dalam pertandingan tersebut, kek lapis yang dihasilkan oleh Steph Blackwell dari Chester, England mendapat pujian terbaik mengalahkan peserta-peserta yang lain apabila tampil dengan Kek Lapis Sarawak berperisa Orange and Chai Spiced. Manakala kek lapis yang dihasilkan oleh seorang lagi peserta iaitu Alice Fevronia yang berperisa Chocolate, Orange and Salted Caramel Kaleidoscope diberi pujian atas penghasilan kek lapis yang begitu kemas dan menarik.

Kek Pun Kena Gergaji? Sampai Ada yang Kena Ukur?

Rata-rata peserta mengalami kesukaran untuk menghasilkan kek lapis ini kerana aspek teknikal seperti penghasilan lapisan kek yang sekata. Dalam pembuatan Kek Lapis Sarawak, lapisan kek yang sekata menentukan kualiti pembuatan kek lapis tersebut selain mempunyai rasa dan corak yang unik. Sampai ada lapisan kek yang dibakar hangus. Tak kurang juga aksi mereka menggergaji kek dan mengukur ketebalan kek agar tidak terlalu nipis dan mudah untuk dicantum. Biasalah ya, sik semua orang molah terus pande dan kacak nak?

Hot mess. #GBBO pic.twitter.com/exkfOyjAR4

— British Bake Off (@BritishBakeOff) October 8, 2019

Cake sawing. Only on Bake Off. #GBBO pic.twitter.com/OlQyUGJq2m

— British Bake Off (@BritishBakeOff) October 8, 2019

Istilah Kek Lapis Sarawak Hanya Valid Jika Kek Dihasilkan di Sarawak.

Rupa-rupanya, nama Kek Lapis Sarawak hanya sah diguna pakai untuk kek lapis yang dihasilkan di Sarawak sahaja memandangkan ia telah didaftarkan dibawah perlindungan geographical indication (GI) sejak tahun 2010. Menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), petunjuk geografi atau geographical indication merupakan tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan sesuatu kawasan.

Oleh yang demikian, mana-mana kek lapis yang dihasilkan di luar Sarawak tidak disebut sebagai kek lapis Sarawak tetapi sebaliknya hanya boleh dinamakan sebagai kek lapis ala Sarawak. Duhal.

Kek Lapis Sarawak Terbukti Jadi Ikon Makanan Sarawak dan Malaysia.

Kemunculan Kek Lapis Sarawak sebagai salah satu hidangan yang perlu dilakukan oleh para peserta program realiti British ini membuktikan bahawa masyarakat di dunia sudah mula mengenali Sarawak melalui makanan kita yang unik. Ia juga secara langsung mengangkat identiti Malaysia di mata dunia dengan penghasilan makanan yang memerlukan kreativiti dan kepakaran teknikal demi sebuah kek lapis Sarawak yang bukan sahaja eye candy tetapi juga lazat.

Apa komen anda tentang kek lapis Sarawak? Atau anda ada cadangan di mana tempat yang paling sedap untuk mendapatkan kek lapis Sarawak? Jangan lupa like, share dan komen post ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 90 Jenis Makanan Tradisi di Pesta Makanan Warisan Sarawak. Anda Mesti CUBA! Lebih 90 Jenis Makanan Tradisi di Pesta Makanan Warisan Sarawak. Anda Mesti CUBA!
Next Article Dah Beli Dekoder Belum? Siaran TV Analog Sabah Sarawak Ditamatkan Hujung Oktober Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?