• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dah Beli Dekoder Belum? Siaran TV Analog Sabah Sarawak Ditamatkan Hujung Oktober Ini

Oleh
Ismail NA
13 Oktober 2019
Kongsi
3 Min Bacaan

Beralih Ke Siaran TV Digital, Kini Anda Boleh Nikmati Siaran dan Audio yang Lebih Jelas!

Dah Beli Dekoder Belum? Siaran TV Analog Sabah Sarawak Ditamatkan Hujung Oktober Ini. Untuk pengetahuan anda, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC) telah mengumumkan bahawa sistem penyiaran televisyen Malaysia akan beralih sepenuhnya daripada siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview.

Dah Beli Dekoder Belum? Siaran TV Analog Sabah Sarawak Ditamatkan Hujung Oktober Ini

Setelah siaran TV analog ditamatkan sepenuhnya, ini bermakna anda akan dapat menikmati saluran TV yang lebih terang dan jelas! Oh ya, juga dengan pilihan saluran yang lebih banyak dan pelbagai secara PERCUMA. Tanpa cas langganan bulanan. Rindok ati.

Peralihan Dilakukan Secara Berperingkat, Diakhiri dengan Sabah dan Sarawak

Peralihan sistem penyiaran ini telah dilakukan secara berperingkat sejak 30 September 2019 bermula di wilayah Tengah dan Selatan, dan bakal ditamatkan sepenuhnya pada 30 Oktober 2019 yang merangkumi Sabah dan Sarawak. Penamatan sistem TV analog ini adalah berdasarkan kejayaan ujian rintis ke atas siaran TV digital yang dilakukan di Pulau Langkawi dengan kerjasama pihak industri penyiaran sejak 21 Julai 2019.

Kalau TV Model Lama, Boleh Ke Pakai Siaran TV Digital?

Eh, mestilah boleh! Untuk mendapatkan siaran TV digital, anda hanya perlukan sebuah TV yang mempunyai port AV atau HDMI, sebuah dekoder myTV dan aerial UHF (aerial indoor atau outdoor, dua-dua boleh digunakan). Tetapi, kelebihan lebih kepada aerial outdoor kerana ia dapat menangkap isyarat dengan lebih jelas sekiranya menghala ke arah stesen pemancar. Namun, aerial indoor hanya mampu menangkap isyarat sekiranya stesen pemancar berada dalam lingkungan radius 25km.

Dah Beli Dekoder Belum? Siaran TV Analog Sabah Sarawak Ditamatkan Hujung Oktober Ini

Jika anda menggunakan TV model baru yang sudah sedia dilengkapi dengan label DTTV yang diperakui oleh SIRIM, anda tidak memerlukan dekoder tetapi sebaliknya hanya aerial UHF sahaja untuk menyambungkan isyarat kepada IDTV anda.

Brunei dan Singapura Dah Tukar ke Siaran TV Digital Sepenuhnya

Negara Singapura menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang bertukar ke sistem TV digital sepenuhnya pada tahun ini diikuti oleh negara Brunei. Oleh itu, perkhidmatan siaran TV digital myFreeview ini bakal dipancarkan ke seluruh negara pada tahun ini juga. Ianya merupakan inisiatif kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Selain itu, rakyat juga dapat menikmati siaran TV yang berkualiti tinggi secara percuma dan tanpa langganan bulanan. Gitu.

Jadi, adakah anda sudah bertukar ke IDTV atau membeli dekoder myTV? Jika belum, baik anda lakukan segera kerana tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum bulan Oktober tamat.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jadi "Task" Rancangan Realiti British, Rupanya Kek Lapis Sarawak Dikenali Dunia! Jadi “Task” Rancangan Realiti British, Rupanya Kek Lapis Sarawak Dikenali Dunia!
Next Article Nyanyi Lagu Iban Live dalam Flight, Pramugari Jemput Lelaki Ini Hiburkan Penumpang Nyanyi Lagu Iban Live dalam Flight, Pramugari Jemput Lelaki Ini Hiburkan Penumpang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?