• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup

Oleh
Nazihah AN
8 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup

Wanita Warga Emas di China Saman Anak dan Menantu Demi Hak Jagaan Cucu

Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup. Seorang wanita China, dikenali sebagai Duan, mengambil langkah drastik untuk menyaman anak perempuan dan menantunya berhubung tuntutan bayaran untuk menjaga cucunya selama lima tahun.

Kes ini mencetus perhatian netizen di seluruh negara selepas keputusan mahkamah diberikan kepada wanita terbabit, seperti dilaporkan dari SCMP.

Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup
Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup

Mahkamah bersetuju bahawa Duan berhak menerima bayaran

Duan, yang berasal dari bandar Guangan, wilayah Sichuan, telah memfailkan tuntutan 192,000 yuan (lebih kurang RM126,157) daripada anak perempuannya, Hu dan menantu lelakinya, Zhu. Walaupun jumlah yang diminta agak tinggi, mahkamah bersetuju bahawa Duan berhak menerima bayaran, tetapi mengurangkan jumlah itu kepada 82,500 yuan (lebih kurang RM54,208).

Menurut mahkamah, Duan tidak mempunyai kewajipan undang-undang untuk membesarkan cucunya dan berhak mendapat bayaran nafkah daripada pasangan itu. Dia telah menjaga cucu itu antara Februari 2018 dan Julai lalu.

Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup

Hu pernah berjanji untuk membayar malah mereka menandatangani perjanjian itu tanpa pengetahuan suami Hu

Sebab Duan menjaga cucu-cucunya kerana Hu dan suaminya bekerja di bandar Chengdu, yang hanya memberi Duan elaun bulanan 1,000 yuan (RM657) dan yuran penjagaan anak 2,000 yuan (RM1,314).

Pada mulanya, Duan menjaga cucunya tanpa sebarang rungutan, namun perasaan tidak puas hati timbul Julai lalu apabila merasakan usahanya tidak mendapat ganjaran yang setimpal.

Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup

Hu pernah berjanji untuk membayar 50,000 yuan (RM32,853) kepada Duan malah mereka menandatangani perjanjian itu tanpa pengetahuan suami Hu. Bagaimanapun, janji ini tidak ditunaikan, menyebabkan Duan terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Zhu pula berpendapat, ibu mentuanya membuat tuntutan itu kerana dia dan isterinya dalam proses bercerai. “Orang yang dia mahu saman sebenarnya ialah saya,” katanya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Peroleh RM13 Juta Sebulan, Remaja 14 Tahun Ditangkap Ikut Sindiket Penipuan Dalam Talian
Kerajaan Sarawak Mahu Beri Insurans Percuma Dan Bantuan Kebajikan Buat B40 Menjelang Tahun 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Mahu Beri Insurans Percuma Dan Bantuan Kebajikan Buat B40 Menjelang Tahun 2024 Kerajaan Sarawak Mahu Beri Insurans Percuma Dan Bantuan Kebajikan Buat B40 Menjelang Tahun 2024
Next Article ‘Mereka Punca Utama’, Rakaman Pergerakan Angin Bukti Indonesia Punca Jerebu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?