• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Mereka Punca Utama’, Rakaman Pergerakan Angin Bukti Indonesia Punca Jerebu

Oleh
Farisha
8 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Rakaman menunjukkan kebakaran hutan di Kalimantan Selatan berpunca dari Indonesia sendiri

‘Mereka Punca Utama’, Rakaman Pergerakan Angin Bukti Indonesia Punca Jerebu. Menurut bukti titik-titik panas, rakaman pergerakan udara dan angin, keadaan jerebu yang semakin memburuk di beberapa negeri di Malaysia sememangnya berpunca daripada asap tebal ekoran kebakaran hutan besar-besaran di Indonesia.

Pakar Kesihatan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman menyatakan bahawa penafian yang dibuat negara jiran itu ditolak kerana secara jelasnya terdapat pembuktian melalui pergerakan angin membawa asap dari Sumatera ke Semenanjung, manakala Kalimantan ke Sabah dan Sarawak.

Rakaman Pergerakan Angin Bukti Indonesia Punca Jerebu.
Sumber: awani

“Ia sering berlaku disebabkan pembakaran hutan terutamanya di Sumatera antara Oktober hingga Disember setiap tahun, tetapi kenapa masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi semua negara sewaktu pandemik COVID-19, tidak ada isu jerebu? Ini satu lagi bukti yang jelas.

“Betul, ia berpunca dari sana. Namun, keadaan bertambah buruk kerana peralihan monsun dari barat daya yang bermula bulan Mei hingga September iaitu biasanya cuaca kita lebih kering dan kurang hujan,” ujarnya menerusi laporan.

“Sekarang kita beralih ke Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac. Jadi, mungkin isu ini akan berkurang kerana faktor hujan dan lembab yang akan meminimumkan pengaruh jerebu.

Malah, Indonesia sekali lagi menafikan jerebu berbahaya akibat pembakaran hutan di beberapa wilayah di republik itu telah tersebar hingga ke Malaysia, memetik laporan sinar harian.

Menafikan jerebu datang dari Indonesia

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar berkata, tiada jerebu dari negaranya dikesan menuju ke Malaysia dan kebakaran hutan semakin berkurangan di pulau Sumatera serta Kalimantan.

Haliza turut menyatakan bahawa faktor dalaman tidak boleh ditolak yang turut menjadi penyumbang kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi dalam negara.

Rakaman Pergerakan Angin Bukti Indonesia Punca Jerebu.
Peta menunjukkan arah angin yang membawa jerebu ke Malaysia. Sumber: utusan

“Sekiranya ia punca semula jadi kerana letupan gunung berapi, itu sudah di luar kawalan tetapi jika aktiviti manusia tidak dikawal seperti pembakaran terbuka, pembebasan asap kilang, kenderaan dan sebagainya akan menyebabkan keadaan bertambah serius.

“Komponen alam sekitar iaitu udara tidak mempunyai sempadan dan boleh bergerak ke negara lain tidak seperti situasi pencemaran sungai yang mempunyai had dalam negara,” tambah beliau lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Jerebu Teruk Melanda Kalimantan, Sabah Sarawak Antara Negeri Terkesan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup
Next Article Persembahan Taeyang Dan Suho Buat Penonton Tak Senang Duduk Di Borneo Sonic Music Festival

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?