• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Batu 6 Dibenarkan Tutup 2 Minggu Hanya Jika Lampu Isyarat Batu 7 Kembali Beroperasi

Oleh
Husna Hazmi
29 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkeras tolak cadangan pihak kontraktor untuk tutup Jalan Batu 6 selagi lampu isyarat Batu 7 belum siap.

Jalan Batu 6 Dibenarkan Tutup 2 Minggu Hanya Jika Lampu Isyarat Batu 7 Kembali Beroperasi. Dilaporkan bahawa, ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang, telah menolak sekerasnya cadangan pihak kontraktor untuk menutup jalan di persimpangan lampu isyarat Batu 6 Jalan Kuching-Serian pada masa terdekat ini.

Isi Isi Penting
  • ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkeras tolak cadangan pihak kontraktor untuk tutup Jalan Batu 6 selagi lampu isyarat Batu 7 belum siap.
  • Penutupan simpang tersebut akan memburukkan lagi kesesakan lalu lintas
  • Persimpangan terpaksa ditutup atas alasan kerja-kerja penambahbaikan jalan
  • Bersetuju untuk menutup persimpangan Batu 6 dalam tempoh dua minggu lagi
Jalan Batu 6 Dibenarkan Tutup 2 Minggu Hanya Jika Lampu Isyarat Batu 7 Kembali Beroperasi
Jalan Batu 6 Dibenarkan Tutup 2 Minggu Hanya Jika Lampu Isyarat Batu 7 Kembali Beroperasi. Gambar sekadar hiasan

Penutupan simpang tersebut akan memburukkan lagi kesesakan lalu lintas

Menurut beliau, penutupan simpang tersebut akan memburukkan lagi kesesakan lalu lintas yang pada masa ini telah pun terjejas ekoran penutupan persimpangan lampu isyarat di Batu 7.

“Pihak kontraktor bercadang menutup persimpangan Batu 6, saya sangat marah kerana persimpangan di Batu 7 dan Batu 10 belum lagi siap.

“Kini, persimpangan Batu 6 pula hendak ditutup, mana boleh, saya tak setuju dengan penutupan tersebut,” jelas beliau ketika ditemui setelah mengadakan perbincangan dengan pihak kontraktor berhampiran persimpangan Batu 6,” jelas Lo.

Jalan Batu 6 Dibenarkan Tutup 2 Minggu Hanya Jika Lampu Isyarat Batu 7 Kembali Beroperasi
Kredit gambar: The Borneo Post

Persimpangan terpaksa ditutup atas alasan kerja-kerja penambahbaikan jalan

Pihak kontraktor pula mengatakan bahawa persimpangan tersebut terpaksa ditutup atas alasan kerja-kerja penambahbaikan jalan. Namun, Lo Khere Chiang tetap berpendirian tegas mengatakan bahawa jalan batu 6 tidak sepatutnya ditutup sehingga persimpangan batu 7 siap.

Secara purata, sebanyak 40,000 hingga 50,000 kenderaan yang melalui jalan tersebut pada hari. Laluan alternatif iaitu Jalan Sungai Tapang melalui Pekan Batu 7 juga sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas.

“Oleh itu, sebelum pihak kontraktor ingin menutup persimpangan Batu 6, pastikan persimpangan di Batu 7 dibuka terlebih dahulu.

“Lampu isyarat di Batu 7 mesti beroperasi dahulu, berikut adalah syarat yang saya bagikan” tegas ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Jalan Batu 6 Dibenarkan Tutup 2 Minggu Hanya Jika Lampu Isyarat Batu 7 Kembali Beroperasi

Bersetuju untuk menutup persimpangan Batu 6 dalam tempoh dua minggu lagi

Pada perbincangan itu, Lo berkata bahawa pihak kontraktor telah bersetuju untuk menutup persimpangan Batu 6 dalam tempoh dua minggu lagi iaitu setelah lampu isyarat Batu 7 beroperasi. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), ianya dijangka berlaku pada pertengahan bulan Oktober ini.

Bagi melancarkan aliran trafik, Lo berkata bahawa pihak kontraktor telah diarahkan untuk membuka jalan (pusingan-U) berhadapan Terminal Bas di Kuching Sentral. Menurut beliau lagi, ianya adalah menjadi tanggungjawab dirinya untuk memantau perjalanan projek dan trafik kerana ianya di dalam kawasan seliaan MPP dan ramai penduduk yang terjejas.

Bukan sahaja penduduk di kawasan MPP terjejas, malah seluruh Kuching juga terkena tempias daripada masalah kesesakan jalan ini, tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Data Orang Kuching Dan Serian Hampir Tergadai, Pangkalan Data JPN Disyaki Bocor Dan Dijual Di Dark Web
Next Article Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?