• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out

Oleh
ILB - AI
29 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out

Kadang-kadang lupa pula nak check out!

Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out. Semenjak beberapa minggu lalu, aplikasi MySejahtera telah dikemas kini di mana pengguna boleh daftar keluar atau check-out dari mana-mana tempat.

Isi Isi Penting
  • Kadang-kadang lupa pula nak check out!
  • Kod QR digunakan di Malaysia untuk menghasilkan sistem pengesanan kontak automated
  • Mengapa check-out diperkenalkan?
  • Langkah untuk diambil sekiranya terima notifikasi ‘kasual kontak’

Namun, ia tidak dinafikan bahawa sebilangan besar orang kadang-kadang lupa untuk tekan check-out ketika mereka keluar dari premis berkenaan. Adakah ini akan menyebabkan kesulitan pada masa depan? Berikut adalah sebab dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengapa ia penting untuk check-out dalam MySejahtera!

Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out
Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out

Kod QR digunakan di Malaysia untuk menghasilkan sistem pengesanan kontak automated

KKM telah berkongsi menerusi laman Facebook rasmi mereka bahawa mereka tidak akan menganggap anda berada di mana-mana tempat sepanjang malam jika anda lupa untuk check-out di MySejahtera.

Di Malaysia setakat ini, kod QR digunakan untuk melihat overlap dengan kes positif sebagai sistem pengesanan kontak yang automated. Sebelum sistem check-out diperkenalkan, lebih daripada 7 juta notifikasi ‘Kontak Kasual’ telah dihantar untuk menyedari pengguna yang mungkin terdedah kepada orang yang positif Covid-19.

Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out
Kredit: KKM via Facebook

Sistem AI yang digunakan untuk aplikasi ini menggunakan exposure window serta data ujian saringan untuk menentukan penerima notifikasi dan sebelum ini, data check-in atau daftar masuk mana-mana tempat, digunakan untuk meletakkan upper bound pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.

Sebagai contoh, sekiranya anda daftar masuk di Restoran X pada 7PM dan Restoran Y pada 8PM, anda berada di Restoran X selama 1 jam sahaja.

Sistem akan mengesan check-in berturutan bersifat outlier (contohnya, anda balik rumah dan hanya balik esok) dan menggunakan tempoh purata berdasarkan lokasi, waktu dan demografi. Oleh itu, purata ini amat stabil kerana ia dihasilkan daripada berbilion ‘check-in’.

Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out
Kredit: KKM via Facebook

Mengapa check-out diperkenalkan?

Check-out diperkenalkan untuk membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih pantas. Anda tidak perlu risau jika anda TERLUPA check-out dalam MySejahatera tetapi ia digalakkan oleh KKM untuk mengamalkan amalan itu setiap kali meninggalkan mana-mana tempat.

Hal ini kerana sistem dalam MySejahtera masih menggunakan sistem yang sama seperti dahulu di mana sistem menggunakan tempoh purata bagi mengelakkan data check-in berpanjangan (lupa check-out) yang mengelirukan.

Lupa Check Out Dalam MySejahtera? KKM Menyatakan Kenapa Anda Perlu Ingat Untuk Check Out
Kredit: Lowyat

Tetapi untuk membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat, anda digalakkan untuk check-out dalam MySejahtera setelah meninggalkan mana-mana premis bagi ketepatan data.

Langkah untuk diambil sekiranya terima notifikasi ‘kasual kontak’

Sekiranya anda menerima notifikasi bahawa anda adalah ‘kasual kontak’, buat langkah seperti berikut:

  1. Jawab MySejahtera Self-assessment anda
  2. Buat saringan sendiri jika anda mengalami gejala
  3. Asingkan diri jika anda didapati positif
  4. Patuhi SOP yang ditetapkan

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Batu 6 Dibenarkan Tutup 2 Minggu Hanya Jika Lampu Isyarat Batu 7 Kembali Beroperasi
Next Article Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA Jaringan Sepakan Roket Menarik Perhatian Dunia Bola Sepak, Pemain Sabah FC Ini Dipuji FIFA

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?