• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan ‘Bertakak’ Tanpa Papan Tanda Amaran Di Batu 10, Netizen Bengang Situasi Membahayakan Pengguna

Oleh
Ismail NA
7 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Jalan ‘Bertakak’ Tanpa Papan Tanda Amaran Di Batu 10, Netizen Bengang Situasi Membahayakan Pengguna. Umum mengetahui bahawa jalan Kuching-Serian terutamanya bermula dari Simpang Samarahan, Batu 7 dan Batu 10 masih menjalani proses naik taraf jalan raya susulan pembinaan jejambat flyover.

Walau bagaimanapun, salah satu keadaan jalan raya di kawasan Batu 10 ini jelas mengundang bahaya buat pengguna yang sering menggunakan jalan tersebut. Apatah lagi kawasan ini merupakan kawasan yang sibuk dan menjadi laluan utama pengguna jalan raya yang berulang alik dari Kuching untuk bekerja.

‘Takak’ bahaya setinggi 3 jari

Melalui hantaran seorang pengguna Facebook, Etaz Edmund Kurik, beliau bengang dengan keadaan jalan raya yang tidak rata dan ‘bertakak’ tinggi sehingga boleh mengundang bahaya dan kepada pengguna jalan raya.

Jalan raya yang belum disiapkan dengan sempurna itu juga tidak diletakkan papan tanda amaran menyebabkan beliau mengalami kemalangan di kawasan tersebut pagi tadi dan tayar kenderaannya pecah.

Jalan tersebut berada lebih tepatnya, berhampiran Majlis Perbandaran Padawan.

Jalan 'Bertakak' Tanpa Papan Tanda Amaran Di Batu 10, Netizen Bengang Situasi Membahayakan Pengguna
Jalan ‘Bertakak’ Tanpa Papan Tanda Amaran Di Batu 10, Netizen Bengang Situasi Membahayakan Pengguna. Sumber: FB Etaz Edmund Kurik

Perkongsian tersebut telah tular di media sosial dengan lebih 300 perkongsian setakat artikel ini diterbitkan.

Ramai yang terima nasib sama, ada rim tayar sudah bengkok

Meninjau di ruangan komen, rupanya ramai pengguna jalan raya yang lain yang turut mengalami nasib yang sama di kawasan tersebut. Lebih malang, kenderaan mereka juga menjadi mangsa sehingga ada rim roda yang bengkok dan sebagainya.

Jalan 'Bertakak' Tanpa Papan Tanda Amaran Di Batu 10, Netizen Bengang Situasi Membahayakan Pengguna
Info daripada pengguna jalan yang lain yang dimaklumkan kepada Etaz. Sumber: FB Etaz Edmund Kurik
Jalan 'Bertakak' Tanpa Papan Tanda Amaran Di Batu 10, Netizen Bengang Situasi Membahayakan Pengguna
Sumber: FB Etaz Edmund Kurik

Lelaki ini juga telah membuat aduan tentang keadaan jalan kepada Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Lo Khere Chieng menerusi messenger Facebook dan berharap agar ada tindakan susulan dapat diambil dengan kadar segera bagi mengelakkan lebih ramai mangsa mengalami nasib malang.

Jalan 'Bertakak' Tanpa Papan Tanda Amaran Di Batu 10, Netizen Bengang Situasi Membahayakan Pengguna
Sumber: FB Etaz Edmund Kurik

Semoga perkara ini mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab dengan secepatnya agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Paling tidak, letaklah papan tanda sebagai amaran jalan tidak rata supaya boleh membantu pengguna membuat lencongan seawal yang mungkin.

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jom Berbuka Puasa Ala-Ala Piknik, Lan Berambeh Sungkei Di Sibu Kembali Diadakan Pada 23 April Ini Jom Berbuka Puasa Ala-Ala Piknik, Lan Berambeh Sungkei Di Sibu Kembali Diadakan Pada 23 April Ini
Next Article MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?