• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini

Oleh
Nazihah AN
7 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini

Ribut petir dijangka berterusan sehingga 6.00 petang ini

MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini. Telah dilaporkan bahawa beberapa tempat di Sarawak, Sabah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor dan Labuan dijangka ribut petir hari ini.

Isi Isi Penting
  • Ribut petir dijangka berterusan sehingga 6.00 petang ini
  • Kenyataan amaran ribut petir di beberapa kawasan telah dikeluarkan pada pukul 2.00 petang tadi.
  • Penduduk kawasan dinasihatkan bersiap siaga
  • Lagi di sini:

MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini
MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini. Sumber gambar: met.gov

Kenyataan amaran ribut petir di beberapa kawasan telah dikeluarkan pada pukul 2.00 petang tadi.

Menerusi sebuah kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah menyatakan bahawa amaran ribut petir di beberapa kawasan pada pukul 2.00 petang tadi. Ribut petir di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ini dijangka berterusan sehingga pukul 5.00 petang nanti.

Manakala ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Labuan, Terengganu dan Johor bakal berterusan sehingga 6.00 petang nanti.

Turut dilaporkan juga bahawa, beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan bakal mengalami hujan berterusan dari 9 April sehingga 10 April ini. Kenyataan ini telah dikeluarkan melalui Facebook rasmi MetMalaysia pagi tadi.

MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini
MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini. Sumber gambar: FB Malaysian Meteorological Department

Penduduk kawasan dinasihatkan bersiap siaga

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang. Manakala di Sabah, di kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat serta daerah Labuan.

Penduduk kawasan dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan rancang perjalanan sebaiknya. Hujan lebat akan menyebabkan jalan raya mengalami kesesakan teruk, disamping beberapa buah kemalangan akibat jalan raya yang licin.

Sekiranya anda memandu, pastikan anda menghidupkan lampu kenderaan anda bagi memudahkan pengguna jalan raya yang lain.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan ‘Bertakak’ Tanpa Papan Tanda Amaran Di Batu 10, Netizen Bengang Situasi Membahayakan Pengguna
Next Article Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?