• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Di Dua Bulatan Samarahan Akan Ditutup Separuh Selama 8 Hari

Oleh
Ismail NA
26 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Harap ambil maklum.

Jalan Di Dua Bulatan Samarahan Akan Ditutup Separuh Selama 8 Hari. Jabatan Kerja Raya Bahagian Selatan Sarawak memaklumkan kepada pengguna jalan raya bahawa jalan raya di dua bulatan Samarahan akan ditutup separuh bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan.

Penutupan separuh jalan ini sementara ini akan dilaksanakan selama 8 hari iaitu bermula 29 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022, bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam.

Jalan yang ditutup di hadapan Bulatan ILP. Sumber: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Bulatan ILP dan bulatan Pusat Jantung Sarawak terjejas

Menurut JKR, dua kawasan yang terjejas tersebut adalah jalan berhampiran bulatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Samarahan dan bulatan Pusat Jantung Sarawak.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya sepanjang kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan. Sebarang perubahan tarikh dan masa pelaksanaan kerja-kerja penurapan jalan ini akan dimaklumkan oleh pihak JKR dari semasa ke semasa.

Jalan yang ditutup di hadapan Bulatan Pusat Jantung Sarawak. Sumber: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Susulan kerja-kerja penurapan ini juga, orang ramai juga disaran untuk merancang perjalanan lebih awal sekiranya menggunakan jalan ini. Dalam makluman yang sama, pihak JKR juga memohon maaf atas segala kesulitan.

Orang ramai yang mempunyai kemusykilan berkaitan keadaan lalu lintas trafik boleh menghubungi pihak JKR Bahagian Selatan di talian 082-203096 pada waktu pejabat (8 pagi hingga 5 petang).

Jalan Di Dua Bulatan Samarahan Akan Ditutup Separuh Selama 8 Hari.
Jalan Di Dua Bulatan Samarahan Akan Ditutup Separuh Selama 8 Hari. Sumber: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang semakin memburuk, pihak berwajib juga menjanjikan bahawa projek lampu isyarat di Samarahan akan siap dalam masa 15 bulan sejak April 2022. Baca selanjutnya di sini:

Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan
Buat ‘Wheelie’ Di Bulatan Samarahan, Aksi Food Rider Ini Undang Amarah Netizen
SUMBER :Jabatan Kerja Raya Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anda Ingin Berkhemah? Ini 5 Hack Yang Boleh Berguna Untuk Anda Ini 5 Tips Berguna Untuk Anda Yang Ingin Berkhemah
Next Article Gara-Gara Lupa Padam Laptop Yang Dicas, Sebuah Bilik Di Bintulu Hampir Musnah Dalam Kebakaran Gara-Gara Lupa Padam Laptop Yang Dicas, Sebuah Bilik Di Bintulu Hampir Musnah Dalam Kebakaran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?