• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan

Oleh
Nazihah AN
22 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan

Kesesakan di jalan Kuching-Samarahan bertambah parah

Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan. Dipetik dari The Borneo Post, projek tergendala tiga bulatan di Samarahan ditukar ke persimpangan lampu isyarat bakal disambung semula selepas kontraktor baharu dipilih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos turut menyatakan berita gembira ini bahawa perkembangan kemudahan pengguna jalan raya ini melibatkan lima bulatan dalam bidang kuasa MPKS dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan
Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan. Sumber gambar: Suara Sarawak

Jelas beliau, pihak JKR memberi jaminan bahawa projek lampu isyarat Samarahan yang tergendala akan disambung semula pada bulan Jun atau Julai, dan bakal siap dalam tempoh 15 bulan (dijangka siap dalam bulan Oktober 2023).

“JKR memberi taklimat kepada MPKS mengenai lima projek itu pada 20 April lalu, dan turut memberi sebab kelewatan. Kerja akan disambung semula pada Jun atau Julai, dan projek itu akan siap dalam tempoh 15 bulan (menjelang Okt 2023),”

Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan
Projek Lampu Isyarat Samarahan Bakal Disambung Semula, JKR Beri Jaminan Siap 15 Bulan. Sumber gambar: Dayak Daily

Projek itu penting untuk Samarahan kerana banyak projek besar bergantung padanya

Beliau menambah bahawa projek itu penting untuk Samarahan kerana banyak projek besar bergantung padanya, termasuk hospital baharu, pusat kanser, pusat penyelidikan penyakit berjangkit, pembangunan sektor swasta dan banyak lagi.

Sebelum ini, Pengerusi MPKS telah meluahkan rasa kekecewaannya yang beliau dapat aduan netizen dari warga Samarahan terhadap kelewatan projek yang telah membawa kepada kesesakan lalu lintas antara Kota Samarahan dan Kuching yang lebih teruk.

Baca juga artikel lain:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Tular Buli Seorang Pelajar Secara Berkumpulan Di Sekolah Asrama Sibu, Suspek Telah Dikenalpasti Polis
Next Article Kampung Bangau-Bangau Semporna Terbakar, NGO Rayu Bantuan Ringankan Beban Penduduk Kampung Bangau-Bangau Semporna Terbakar, NGO Rayu Bantuan Ringankan Beban Penduduk

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?