Dakwaan Salah Guna Kuasa: Jalan Pan Borneo di Sarikei Ditutup Tanpa Sebab
Jalan Sesak Teruk, Netizen Geram Dakwa Pan Borneo Di Sarikei Sudah Siap Tapi Masih Dihadang. Tular di media sosial, Facebook, rungutan netizen mengenai keadaan jalan sesak teruk di laluan Pan Borneo, Jakar, Sarikei. Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan geram dengan keadaan tersebut sejak pagi semalam.
Menurut sumber dari sebuah kumpulan Facebook, mereka dimaklumkan bahawa jalan Pan Borneo di kawasan Jakar sudah lama siap dan sebenarnya boleh dilalui. Terdapat juga individu yang telah mengalihkan penghadang jalan dan melalui laluan tersebut, mendapati tiada sebarang projek atau halangan di kawasan tersebut.
Jalan Sesak Teruk, Netizen Geram Dakwa Pan Borneo Di Sarikei Sudah Siap Tapi Masih Dihadang
Ini menimbulkan spekulasi bahawa jalan tersebut sengaja ditutup untuk kepentingan pihak tertentu.
Seorang netizen mendakwa bahawa dia pernah menggunakan jalan tersebut pada bulan Februari dan pertengahan Mac, namun terpaksa menggunakan laluan Jakar yang sempit pada akhir Mac. “Dua jam sangkut sedangkan jalan dah siap,” katanya.
Lain pula dengan netizen lain yang pernah mengutarakan isu yang sama pada tahun lepas. Mereka mendakwa jalan ditutup walaupun sebenarnya sudah siap, dengan alasan bahawa jalan tersebut belum “dirasmikan”. Ada yang menyatakan bahawa jalan tersebut sudah boleh digunakan sebelum Hari Raya tetapi ditutup sehingga kini.
Diharapkan pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan ini, serta menyiasat jika berlaku salah guna kuasa yang menyusahkan penduduk Sarikei dan pengguna jalan yang lain. Sesetengah pengguna jalan raya mendakwa mengalami kesesakan sehingga 2 hingga 4 jam disebabkan penutupan jalan yang tidak wajar ini.
Berikut adalah beberapa komen yang diluahkan oleh netizen:



Adalah amat penting agar pihak berkuasa memberikan penjelasan dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna jalan raya.
