• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Banjir Kilat Di Sabah, Jalan Utama Terputus Dan Bekalan Elektrik Terpaksa Ditutup

Oleh
Aina Musa
1 Julai 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Beberapa jalan utama di Sabah terjejas akibat banjir kilat

Banjir Kilat Di Sabah, Jalan Utama Terputus Dan Bekalan Elektrik Terpaksa Ditutup. Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan beberapa jalan utama tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berikutan banjir kilat yang melanda kawasan tersebut.

Antara jalan yang terjejas termasuk Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom, Jalan Limbanak dan Jalan Pukakon-Pomotodon di Penampang. Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon.

Banjir Kilat Di Sabah, Jalan Utama Terputus Dan Bekalan Elektrik Terpaksa Ditutup
Banjir Kilat Di Sabah, Jalan Utama Terputus Dan Bekalan Elektrik Terpaksa Ditutup. Sumber: Facebook

Kini, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan namun buat masa ini tiada jalan alternatif yang boleh digunakan oleh pengguna. JKR turut memaklumkan banjir kilat menyebabkan beberapa jambatan di Jalan Limbanak dan Jalan Pukakon-Pomotodon dinaiki air, yang boleh membahayakan situasi kepada pengguna jalan raya. Buat masa ini, tiada jalan alternatif disediakan untuk pengguna di kedua-dua jalan tersebut.

Banjir kilat juga berlaku di beberapa kawasan sekitar Sipitang, antaranya Jalan Kota Kinabalu-Sindumin, kawasan pekan Sipitang dan Pasar Awam Sipitang. Hujan berterusan menyebabkan paras air laut naik dan menyebabkan ‘backflow discharge drainage’. Jalan-jalan yang terlibat masih boleh dilalui kenderaan, namun pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa kampung turut terlibat dalam banjir kilat itu antaranya Kampung Kolopis dan Kampung Sugud, selain terdapat penutupan jalan yang dilakukan. Orang awam diminta untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan lain berikutan beberapa jalan di sekitar Penampang dinaiki air susulan hujan lebat.

Anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Penampang telah ditugaskan ke kawasan jalan yang dilanda banjir kilat untuk membantu pengguna jalan raya. Anggota bertindak melencongkan kenderaan supaya tidak melalui jalan yang dinaiki air akibat banjir dan tanah runtuh, selain mengawal keselamatan lalu lintas.

Dalam pada itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan pihaknya terpaksa menutup bekalan elektrik di daerah Penampang berikutan banjir yang melanda kawasan tersebut.

SESB dalam satu hantaran di akaun Facebooknya berkata, para pengguna turut dinasihatkan untuk tidak mendekati kawasan pemasangan bekalan elektrik miliknya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengikuti arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan bersama.

Baca lagi artikel menarik:

Kontraktor Pelaksana JENDELA Kena Penalti, Gagal Siapkan Projek Di Pedalaman Sabah Sarawak
Tiga Pekerja Ladang Maut Selepas Jentera Traktor Jatuh Gaung Di Sabah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kampung Budaya Sarawak Bakal Bergema Lagi, RWMF 2025 Dijadualkan Pada 20-22 Jun
Next Article Masuk Percuma, Pantai Trombol Paradise Kini Kembali Buka Untuk Orang Ramai Masuk Percuma, Pantai Trombol Paradise Kini Kembali Buka Untuk Orang Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?