• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiga Pekerja Ladang Maut Selepas Jentera Traktor Jatuh Gaung Di Sabah

Oleh
Aina Musa
30 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tiga Pekerja Ladang Maut Selepas Jentera Traktor Jatuh Gaung Di Sabah

Salam takziah diucapkan

Tiga Pekerja Ladang Maut Selepas Jentera Traktor Jatuh Gaung Di Sabah. Tiga buruh ladang maut manakala empat parah selepas jentera traktor dinaiki mereka hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung di sebuah ladang di Jalan Sapi Nangoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, seorang lelaki dan dua wanita berusia 28 hingga 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga Pekerja Ladang Maut Selepas Jentera Traktor Jatuh Gaung Di Sabah. Sumber: Utusan Borneo

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pda jam 5.42 petang.

Katanya, ketika kejadian jentera traktor dipandu lelaki warga asing berusia 29 tahun bersama enam penumpang dalam perjalanan ke kawasan ladang untuk memulakan kerja.

“Bagaimanapun, sebaik melalui jalan curam, pemandu terbabit gagal mengawal jentera lalu hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung.

“Tiga mangsa warga asing disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat parah iaitu tiga wanita warga asing berusia 22, 26 dan 45 dan pemandu jentera,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk tujuan bedah siasat dan empat mangsa parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Semua Boleh Jaku Iban, Bahasa Iban Kini Tersedia Dalam Google Translate
Ini Senarai Event Menarik Sarawak Bulan Julai 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ribuan Hadir Meriahkan Rainforest World Music Festival 2024 Di Sarawak Kali Ini
Next Article Ini Sebab Kenapa Zainal Abidin Tolak Untuk Buat Persembahan Di RWMF 20 Tahun Lepas Ini Sebab Kenapa Zainal Abidin Tolak Untuk Buat Persembahan Di RWMF 20 Tahun Lepas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?