• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jambatan Batang Rajang Dibuka Sementara Sempena Raya, Sarikei Ke Tanjung Manis Hanya 45 Minit

Oleh
Husna Hazmi
2 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Jambatan Batang Rajang ini akan dibuka selama 2 minggu bermula 28 Mac 2025

Jambatan Batang Rajang Dibuka Sementara Sempena Raya, Sarikei Ke Tanjung Manis Hanya 45 Minit. Berita baik untuk penduduk pesisir Rajang, Pulau Bruit, Matu, dan Daro, Jambatan Batang Rajang (Jambatan Pasi) serta jalan raya baharu dari Jalan Pasi ke Tanjung Manis akan dibuka kepada orang ramai selama dua minggu bermula 28 Mac 2025 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri!

Sebelum ini, mereka yang ingin ke Tanjung Manis, Daro, atau Matu perlu singgah ke Sibu jika menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo dari Kuching, Sri Aman, Betong, atau Saratok. Dengan pembukaan sementara ini, perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis hanya akan mengambil masa 45 minit sahaja, lebih singkat berbanding dua hingga tiga jam jika perlu melalui Sibu.

Jambatan Batang Rajang Dibuka Sementara Sempena Raya, Sarikei Ke Tanjung Manis Hanya 45 Minit
Jambatan Batang Rajang Dibuka Sementara Sempena Raya, Sarikei Ke Tanjung Manis Hanya 45 Minit. Sumber gambar: Utusan Sarawak

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, jambatan dan jalan raya ini dibuka khusus untuk memudahkan pergerakan sempena Hari Raya.

Kita buka laluan ini selama dua minggu bermula 28 Mac. Jika Hari Raya jatuh pada 1 April, kemungkinan ia akan ditutup semula pada 14 atau 15 April untuk kerja-kerja penambahbaikan,” katanya.

Jambatan Batang Rajang Dibuka Sementara Sempena Raya, Sarikei Ke Tanjung Manis Hanya 45 Minit
Sumber gambar: Utusan Sarawak

Pembukaan sementara disokong JKR & kontraktor

Len Talif menjelaskan bahawa pembukaan sementara ini telah mendapat persetujuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati kemudahan ini untuk pulang beraya.

Hanya beberapa bahagian jalan masih perlu dinaik taraf, tapi secara keseluruhannya, projek ini berada dalam keadaan memuaskan.”

Beliau juga menambah bahawa dalam perancangan jangka panjang, beberapa kemudahan tambahan akan dibangunkan untuk keselesaan pengguna jalan raya.

Jambatan Batang Rajang Dibuka Sementara Sempena Raya, Sarikei Ke Tanjung Manis Hanya 45 Minit
Sumber gambar: Utusan Sarawak

Projek RM321 juta bakal mengubah landskap pesisir Sarawak

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, projek ini adalah sebahagian daripada pembangunan jalan pesisir negeri yang bakal mengurangkan jarak perjalanan dengan ketara.

Bila siap sepenuhnya nanti:

  • Jarak Sarikei ke Tanjung Manis: 50 km sahaja (sebelum ini 141 km)
  • Masa perjalanan: 45 minit sahaja (sebelum ini lebih 2 jam 30 minit)

Dengan kos pembinaan sebanyak RM321 juta, projek ini dijangka memberi impak besar kepada penduduk tempatan dan pertumbuhan ekonomi kawasan pesisir Sarawak.

Jadi, sementara laluan ini dibuka khas untuk Hari Raya, jangan lepaskan peluang untuk merasai perjalanan lebih pantas dan mudah ini!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Hormati Bulan Ramadan, Peniaga Bazaar Dinasihat Tidak Beroperasi Terlalu Awal
Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Yang Ke 33

SUMBER :Utusan Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Yang Ke 33
Next Article Kompleks Sukan RM8.4 Juta Bertaraf Antarabangsa Di Sebauh Bakal Siap Tahun Depan Kompleks Sukan RM8.4 Juta Bertaraf Antarabangsa Di Sebauh Bakal Siap Tahun Depan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?