• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Yang Ke 33

Oleh
Husna Hazmi
2 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Mesyuarat ini akan berlangsung dari 20 hingga 25 April 2025

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Yang Ke 33. Sarawak sekali lagi mencuri tumpuan apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) ke-33, yang akan berlangsung dari 20 hingga 25 April 2025. Acara ini bakal menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan serantau dalam pelancongan, warisan, dan budaya!

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Yang Ke 33
Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Yang Ke 33. Sumber gambar: MalayMail

Persiapan rapi untuk acara bertaraf antarabangsa

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, berkongsi bahawa beliau baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagi membincangkan persediaan negeri dalam menganjurkan mesyuarat ini.

“Mesyuarat ini akan menjadi platform penting untuk memperkukuhkan hubungan serantau dalam pelancongan, warisan, dan budaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Mesyuarat ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Yang Ke 33
Sumber gambar: Expedia Malaysia

Niah National Park dapat pengiktirafan UNESCO

Selain berbincang mengenai ASCC, Tiong turut mengambil kesempatan untuk menyerahkan replika Sijil UNESCO bagi Taman Negara Niah kepada Premier Sarawak sebagai tanda penghargaan.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja satu kejayaan besar buat rakyat Sarawak tetapi juga menaikkan daya tarikan pelancongan negeri ke peringkat global,” tambahnya.

Dengan pelbagai usaha untuk mempromosikan budaya dan warisan tempatan, Sarawak terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar destinasi pelancongan biasa, tetapi juga pemain utama dalam hubungan serantau ASEAN!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Hormati Bulan Ramadan, Peniaga Bazaar Dinasihat Tidak Beroperasi Terlalu Awal
Mat Rempit Lari Bertempiaran Lepas Port Lepak di Airport Kuching Diserbu Polis
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sri Aman
Next Article Jambatan Batang Rajang Dibuka Sementara Sempena Raya, Sarikei Ke Tanjung Manis Hanya 45 Minit

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?