• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jambatan Muara Lassa Di Daro Dijangka Siap Januari 2025

Oleh
Farisha
8 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Jambatan Muara Lassa bakal menghubungkan Daro dan Pulau Bruit

Jambatan Muara Lassa Di Daro Dijangka Siap Januari 2025. Jambatan Muara Lassa di Daro akan dibuka kepada orang ramai pada Januari tahun depan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo, berkata pembinaan jambatan yang menghubungkan Daro dengan Pulau Bruit kini sudah mencapai 96 peratus siap dan mendahului jadual.

“Projek menunjukkan kemajuan yang sangat baik dan mendahului jadual penyiapan iaitu 96 peratus dan dijangka siap pada Januari tahun hadapan. Tinggal dua bulan lagi untuk disiapkan sepenuhnya dan ia akan dibuka untuk kegunaan orang ramai pada Januari 2025,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Jambatan Muara Lassa Di Daro Dijangka Siap Januari 2025
Kredit Foto : YB Safiee Ahmad, Adun N.43 Daro. Jambatan Muara Lassa Di Daro Dijangka Siap Januari 2025

Aidel memuji kaedah pembinaan ‘river pier’ yang digunakan untuk membuat jambatan di Sarawak. Katanya, Sarawak telah membina sebanyak 16 jambatan besar termasuk di jalan pesisir dan jalan utama kedua menggunakan teknik dan kaedah tersebut. Dengan menggunakan teknik dan kaedah tersebut, pembinaan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kelewatan yang ketara.

Jambatan itu merupakan jambatan kedua terpanjang di Sarawak

Beliau memaklumkan projek pembinaan jambatan dari Limbang hingga Kuching yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan dijangka siap pada akhir tahun hadapan atau awal tahun 2026.

Untuk makluman, pembinaan jambatan tersebut mula dilaksanakan pada tahun 2019, namun ia tertunda disebabkan pandemik COVID-19. Jambatan Muara Lassa merupakan antara tiga projek jambatan dibina oleh kerajaan negeri di kawasan pesisir selain Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Batang Igan.

Projek sepanjang 2.43 kilometer ini merupakan jambatan kedua terpanjang di Sarawak dan melibatkan kos sebanyak RM597.58 juta.

Baca juga artikel berkaitan dengan jambatan-jambatan yang bakal siap di Sarawak:

Projek Jambatan Sungai Selampit Bakal Mula Oktober 2024, Dijangka Siap 3 Tahun
Jambatan Khusus Untuk Laluan ART Bakal Dibina Di Sungai Kuap
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Pulau Di Semporna Dijual Dengan Harga RM9 Juta Raih Perhatian Ramai
Next Article Kes Tembak Mati Di Bintulu, Lelaki Ini Diserang Di Tempat Letak Kereta Hotel Kes Tembak Mati Di Bintulu, Lelaki Ini Diserang Di Tempat Letak Kereta Hotel

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?